Tuesday, April 26, 2011

Kuat kan semangat kau wahai sahabat....

Sahabat yang baik ada lah sahabat yang sanggup susah senang bersama...sahabat yang baik juga akan sentiasa mendoa kan yang terbaik untuk awak...kenapa mesti terluka wahai sahabat?? tapi percaya lah pada janji Allah..yang Allah sudah sedia kan yang terbaik untuk kita cuma masa sahaja yang akan menentukan...biar lah orang buat kita tapi jangan kita membalas nya...doa kan untuk orang itu Allah akan mendengar akan makbul kan doa orang yang teranaya...sahabat...cinta yang sejati adalah untuk Allah...bukan untuk manusia..hati yang lemah adalah hati yang dikuasai oleh nafsu...minda yang negetif adalah minda yang dikuasai oleh syaitan...percaya lah pada janji Allah...marah bila ada orang lain menganaya kawan kita tapi aku sendiri tak mampu berbuat apa-apa untuk dia..

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur Apa adanya. Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah....


Yang berada di samping kita, siapa yang mengasihi kita saat kita merasa tidak dicintai? Siapa yang ingin bersama kita pada saat tiada satu pun yang dapat kita berikan? Merekalah sahabat kita. Hargai dan peliharalah selalu persahabatan.






Tuesday, April 12, 2011

Tabah nya hati kak ci...

Kak ci…..

Tetiba teringat pada kakak ku…ya Allah kuat kan semagat nya…kata-kata ingatan dari anjang buat aku sedar yang kakak memerlukan sokongan…tapi aku kat mana?? Selfish itu lah aku!!! Mementingkan diri sendiri…kebahagian sendiri…kesenangan sendiri…

Kak cik berjuang lah demi hidup..adik tahu kak cik kuat masih boleh tersenyum tapi dalam hati Tuhan yang tahu…Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan tabah..adik tahu kak cik kuat…berjuanglah demi anak2 mu…tanam lah dalam hati setiap yang berlaku ada hikmah…Jgn putus asa kak ci percaya pada diri sendiri….

Jangan lah putus berdoa…tadah lah tangan…sujud pada Allah demi untuk ketakwaan kak cik..percaya lah Allah mendengar doa hamba-hamba nya yang susah…

Kak ci adalah mama yang kuat sanggup susah demi anak..sanggup untuk segala nya demi anak2 mu…adik juga tidak sekuat kak ci tapi percayalah doa adik dan ingatan adik untuk kak ci tak pernah putus…adik tak mampu nak bantu kak ci sebab adik lupa…….

bila ayong rasa kat atas ayong lah manusia paling bawah...

bila ayong rasa senang ayong lah manusia paling susah...

bila ayong rasa teguh ayong lah manusia paling rapuhhh...

sebesar mana pun kekurangan kak ci ayong rasa ayong lagi kurang...

Wednesday, April 6, 2011

Jodoh


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia

bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya

jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya

singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35

tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk

membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu

dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk

lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan

biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman

kemudian nanti.


Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu

sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita

benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama

masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati

kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah

memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil

pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)

terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi

jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar

berlipat ganda.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal

mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,

alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti

itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang

motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di

tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,

pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,

sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di

samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai

org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.


Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam

berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan

hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut

banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa

seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya

mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada

yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,

belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah

anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab

kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah

melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut

tatkala cuba mendaki naik.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya

gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan

syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan

insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.


Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana

perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba

masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka

lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Macam ayat dalam filem syurga cinta..



"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."



Monday, April 4, 2011

= Indah nya al-quran =

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Ya aku ada Allah...tersentap hati ni tetiba je rasa sayu...kenapa ntah?? apa yang aku sedihkan dan apa yang aku fikirkan...tapi hati ini tenang bila aku sentiasa ingat pada Allah...selalunya bila aku sedih..gembira..senang atau apa pun keadaan pegangan aku ada lah al-quran...kitap yang selalu buat aku tenang bila aku susah kitap yang selalu buat aku dilandasan yang benar bila aku mula alpa...kitap yang selalu mengikat kan aku bila aku mula merasa senang..baca lah walau satu huruf pun walau pun kita tidak tahu makna tidak bermakna salah....

Salah satu nash hadis secara tegas membandingkan orang yang membaca Al-Quran dengan yang tidak membaca Al-Quran.

Dari Abu Musa Al-Asy`arit berkata, Rasulullah bersabda, "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Qur`an bagaikan buah limau baunya harum dan rasanya lazat. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur`an bagaikan kurma, rasanya lazat dan tidak berbau. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur`an bagaikan buah raihanah yang baunya harum dan rasanya pahit, dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur`an bagaikan buah hanzholah tidak berbau dan rasanya pahit." (HR Bukhari dan Muslim)

Dari hadits ini jelas sekali bahwa sekedar membaca Al-Quran atau tidak membaca sudah membedakan kedudukan seseorang. Berarti ada nilai tersendiri untuk sekedar membaca Al-Quran.

Terbaca satu hadis Rasulullah SAW.....

Di dalam hadith Qudsi bhawa Allah SWT berfirman: Orang yang sibuk membaca Al-Quran dengan mengaji, menghafal dan berfikirkan tentangnya dengan tafsir dan terjemahannya dll, bahawa ia menghalangnya dari berzikir dan berdoa kepadaKU (iaitu ia tidak mempunyai masa untuk berzikir dan berdoa) maka Daku memberinya lebih daripada yang Daku beri kepada orang yang berdoa kepadaKU bagi memenuhi keperluannya (iaitu Daku sempurnakan segala keperluan dan hajatnya). Rasulullah SAW bersabda bahawa ‘kalam Allah’ mempunyai kelebihan di atas segala makhluknya.

Kenikmatan membaca al-quran memang besar nikmat nya, pahala yang membaca nya juga besar balasan nya...

Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda;
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.