Tuesday, December 27, 2011

Usah Lemah...Kau Perlu kuat... ^_^

Lumrah bagi insan bernama manusia. Sekuat dan segagah mana pun dia, satu ketika pasti akan diuji. Ujian yang datang menguji diri. Menguji sejauh mana kekuatan. Menguji keimanan kepada Tuhan...

Tatkala ujian mendatang, terkadang diri merasa lemah,lemas,lelah,sempit,tertekan. Tanpa disedari, manik2 jernih di hujung mata jatuh tanpa dipinta. Usah mengeluh, usah ditanya mengapa. Kerana sesungguhnya ujian jatuh tanpa dipinta. Usah mengeluh, usah ditanya mengapa. Kerana sesungguhnya ujian yang datang dariNya adalah "harga berharga" dari Sang Pencipta untuk hambanya yang beriman.

Disaat menikmati segala kurniaan dan pemberianNya..Mungkin, adakala diri terleka, terlupa, hanyut seketika..Mungkin, bertapa dalamnya kasih Allah pada hambanya. Di waktu diri terlalai dari mengigatiNya, Dia masih disisi, Sentiasa ujian yang datang bukan percuma. Sebaliknya mentarbiyyah diri, mengajar erti kesabaran, erti berdikari dan mensyukuri nikmatnya selalu. Usah kau lemah, Ingatlah bahawa aku ada disini. Teman2 sentiasa disisi, keluarga pendokong sejati. Bersabarlah menghadapi ujian ini. Kerana dalam berjuta, engkau insan terpilih.

Paling utama, DIA yakin akan janjiNya..Firmannya yang bermaksud..

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan kepadamu"

"dan apabila hamba2ku bertanya padamu (Muhammad) tentang AKU, katakanlah sesungguhnya Aku Dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu, Hendaklah mereka memenuhi perintahku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kesabaran"

"Telah berkata Jibril a.s: Wahai Allah, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman: "Biarkan hambaku itu..Kerna Aku mencintai rintih suaranya"

Moga kau kuat menghadapi segala dan senyum terukir semula di wajahmu...

Kereta punya pasal....

Dah seminggu lebih saya tak belek blog ni, rindu kat awk hehehe...lately ni bz dengan kerja dan kehidupan harian huhuhu...tapi bersyukur sangat diatas segala nikmat dan rahmat Allah s.w.t.

Hari ini saya pergi service keta yg ke 10 kot macam tu lah tak ingat dah hehehe...apa yang buat saya nak share adalah sebab saya terpaksa berbelanja besar terhadap keta kesayangan hamba huhuhu...amik kau bajet2 hari ni sampai 1.5k untuk repair kereta je...

Ini lah masalah nya kalau perempuan yang tak pandai pasal kereta main bawa je, bila ada org lain yang tegur baru nak tahu...(oo itu problem ke??) sy ni kalau pasal keta memang fail tapi kalau masak sy pandai hahaha

Service yang paling mahal saya pernah buat setakat ini adalah:-

1. Service mileage = RM300
2. Tukar tayar = RM 320
3. Battery = RM220
4. Clutch Pad = RM700

tetiba rasa cam nak wat2 pengsan hehehe bila dengar harga total nya tu huhuhu, tapi tak apa lah nak buat cam na beli mahal so kena lah jaga baik2 huhuhu (ayat sedap kan hati)....

Wednesday, December 21, 2011

Soal Jodoh....

Tidak...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya singkat. Usia 26 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembayang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org tu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. TIdak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dgn harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatug terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


" Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

Kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar...

Rupa2nya..Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Thursday, December 15, 2011

selalu ingat pesanan dia hehehe



ustaz kazim elias - Bergembiralah Wahai Wanita

bila ingat ceramah ustaz kazim ni mesti sy ingat dia dan tiap2 hari lah sy duk ulang2 dengar ceramah ustaz kazim, itu lah pesanan dia untuk sy...rindu ke gan dia kak uitt..memang pun hehehe..

kata-kata dia selalu buat sy terfikir bgs nya dia rajin membaca pastu mesti dia share gan sy..suka2..sebab sy ni malas sikit nk membaca so bila dpt share gan dia sy sukaaa hehehe...sebab tu lah sy selalu rindukan dia, kata-kata dia yang lemah lembut..sy pun kasar hahaha

pendengar yg setia dan sgt low profile...klu lah dia boleh jadi imam utk !!!! hahaha berangan lah awk uitt... ^_^

Thursday, December 8, 2011

Allah segala nya pada saya

Saya tertarik dengan satu kenyataan, "bagi mereka yang beriman, kematian merupakan penamat segala ujian".

Sangat benar, mereka yang beriman, InsyaAllah dengan rahmat-Nya akan dipermudahkan hisab mereka dan terus masuk syurga yang kekal abadi. Tiada lagi ujian, Ia kehidupan yang sangat-sangat berbeza dengan kehidupan di dunia.

Saya cuba membayangkan begitu. Namun akal manusia, sampai bila-bila pun pasti tidak menelah dengan tepat kehidupan syurga. Namun saya simpulkan dengan cara yang paling mudah, ia kehidupan yang sangat indah.


Apa yang terbaik didunia tentunya langsung tidak setara dengan apa yang bakal diperolehi di Firdaus.


Tentu sekali disyurga tiada lagi perasaan "mencemburui" apa yang diperolehi oleh orang lain. Sesekali saya terfikir, mungkinkah ada kebarangkalian mereka yang berada di syurga tahab bawah mencemburui mereka yang berada di syurga yang lebih baik?


Di sini, dunia sementara ini, manusia sentiasa melihat rumput jiran lebih hijau daripada rumput sendiri. Bola hijau (kepunyaan teman) kelihatan lebih baik daripada bola biru (kepunyaan sendiri)

firts time dalam hidup....

tak tau nak mula mcm mana tapi hati ni membuak2 ingin luah kan perasaan marah...

tapi pandai ke sy marah..adik sy ckp "ko nak marah...kah kah kah" dia gelak kan sy dulu huhuhu...

ok2 apa yg sy nk share sebenar nya adalah kerana saya terkejut dan compius sebab apa kena mengena dgn sy...

bertarikh 7 Dec 2011...ada org add sy kat ym dan mesej sy kat fb...terkejut sebab ntah minah mana pula tetiba add ni..tp sy tak kisah sebab id ym sy ni ramai yg tahu dan selalu sangat mn2 org add so bila ada seseorang add sy hari tu sy accept je...

rupa2 nya ada sebab dia add sy..tak payah lah sebut nama dia..dia buzz than tanya sy kenal tak dengan nama $*&^ pun sy malas nk sebut kat sini...ok2 malas nk cerita panjang apa yg buat menyebal kan adalah sebab dia tanya sy pasal bf dia dan apa kena mengena sy dgn bf dia...

nak marah ni nak marah...elok2 sy mansion yg sy tak marah terus sy jadi marah sebab dia soal siasat siapa sy dgn bf dia...yg pelik nya awat lah tak pergi tanya bf dia dulu tuk2 pi serang sy soal siasat sy dulu..

before ni bf dia call sy tanya "knp awak mcm marah dgn sy" duk fikir menda lah sy marah nya..duk paksa sy mengaku apa yg sy tak puas hati dgn dia than tiba awek dia pula tanya mcm tu dgn sy..

whatever apa yg sy rasa pada dia sy tak akan bg tahu...whatever sekali sy suka pada dia pun...dan bila dia dah ada awek tanpa pengetahuan sy...okkk!! enough be enough mulai skrg sy tak akan amik tahu pasal dia dan tak akan dengar apa2 lagi pasal dia..first time ni sy buat mcm ni dalam hidup tak nak berkawan hehehe...

saya tak kisah pun klu dia ada gf, sy tak kisah pun klu dia tak nk cita apa2 pun kat sy...tapi bila sampai melibat kan soal siasat pd sy tang tu memang tak boleh nak terima...so pas ni apa2 yg dia nk tanya or minta tolong pls pls pls cari lah org lain...

Friday, December 2, 2011

Pujian hanya untuk Allah...

tengah-tengah belek fb sendiri tetiba ada orang tegur, bila ingat balik dia ni budak school mate sy dulu kira senior sy dulu lah...kata-kata nya tetiba buat saya terfikir...


"awak tu baik sangat jarang nk jumpa org mcm awak"


"dulu sy pernah ajak awak kuar time skolah tp awak kata tak nak, awk tu baik sgt"


"dulu awk jalan mesti awk tunduk je"


"dulu time sekolah awk nampak alim je, sy nk dekat pun malu"


tetiba saya tersimpul malu dgn pujian yang terlebih itu...itulah kata-kata ex-school mate sy dulu terfikir baik sangat ke saya ni dulu, tapi bila difikirkan balik rasa nya tidaklah sebaik apa yang difikirkan. Memang dulu saya menjaga batas pergaulan tapi lumrah manusia kadang dia tersasar dari landasan.


Iman yang teguh belum tentu akan selama nya teguh macam tu juga lah saya, tapi kita yang perlu berfikir apa yang terbaik untuk kita.


Disetiap nafas kadang kita terlupa bahawa kita ini milik Allah, terlupa dan terleka dengan nikmat dunia yang fana ini. Masih tidak sedar akan ada nya kehidupan akhirat yang kekal abadi bumi cinta yang sedang luka ini, penuh penipuan dan tipu daya.


Nilai sesebuah amal itu tidak dapat ditentukan berdasarkan kepada pujian manusia. Apa yang lebih penting adalah penilai Allah s.w.t.