Wednesday, February 29, 2012

Kawan yang ikhlas...


Kawan yang baik ada lah kawan yang sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan. Setiap manusia memerlukan kawan dan bila kita menjadi kawan biar lah ikhlas, bukan dengan niat mengharapkan sesuatu. Biar lah Allah yg membalas setiap kebaikan..

Berkawan memang perlu sentiasa berjaga supaya hubungan tu berkekalan sampai bila-bila. Kita akan dapat mengenali siapa rakan yang benar2 ikhlas berkawan dengan kita diwaktu susah dan juga senang.Kehidupan kita dan rakan-rakan kita adalah saling memerlukan antara satu sama lain.

Rakan-rakan boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi masalah. Rakan yang terbaik akan menjadi pendengar yang baik dan akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Kawan juga ada lah tempat kita meminta pendapat dan pandangan, hargailah setiap pandangan dan kawan kita walaupun adakalanya kita tidak bersetuju.

Jadi lah rakan yang sentiasa jujur dan iklas menerima kita. Masa senang ada lah masa yang disukai oleh sesiapa sahaja. Bila masa senang ramai rakan-rakan akan bersama kita tapi langit tidak selalu cerah. Kita di uji oleh Allah dengan kesusahan. Pada waktu susah tidak ramai yang dapat membantu diri kita dan masa itu lah kita akan tahu siapa yang benar-benar ikhlas berkawan.

Semoga hubungan persahabatan yang kita jalinkan bersama dengan rakan-rakan kita akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Berdoalah untuk kesejahteraan rakan-rakan kita. Jika ada diantara rakan-rakan kita yang melakukan kesalahan maka masing-masing perlu mengingatkan antara satu sama lain.

Perbetulkan mana yang silap. Terimalah rakan-rakan kita seadanya kerana kita sebagai manusia sememangnya tidak sempurna.

satu benda yang ingin saya pesan pada kawan-kawan lelaki saya "Niat tidak akan menghalal kan cara" walau pun niat awak ikhlas....

1 comment: