Wednesday, February 29, 2012

Kawan yang ikhlas...


Kawan yang baik ada lah kawan yang sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan. Setiap manusia memerlukan kawan dan bila kita menjadi kawan biar lah ikhlas, bukan dengan niat mengharapkan sesuatu. Biar lah Allah yg membalas setiap kebaikan..

Berkawan memang perlu sentiasa berjaga supaya hubungan tu berkekalan sampai bila-bila. Kita akan dapat mengenali siapa rakan yang benar2 ikhlas berkawan dengan kita diwaktu susah dan juga senang.Kehidupan kita dan rakan-rakan kita adalah saling memerlukan antara satu sama lain.

Rakan-rakan boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi masalah. Rakan yang terbaik akan menjadi pendengar yang baik dan akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Kawan juga ada lah tempat kita meminta pendapat dan pandangan, hargailah setiap pandangan dan kawan kita walaupun adakalanya kita tidak bersetuju.

Jadi lah rakan yang sentiasa jujur dan iklas menerima kita. Masa senang ada lah masa yang disukai oleh sesiapa sahaja. Bila masa senang ramai rakan-rakan akan bersama kita tapi langit tidak selalu cerah. Kita di uji oleh Allah dengan kesusahan. Pada waktu susah tidak ramai yang dapat membantu diri kita dan masa itu lah kita akan tahu siapa yang benar-benar ikhlas berkawan.

Semoga hubungan persahabatan yang kita jalinkan bersama dengan rakan-rakan kita akan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Berdoalah untuk kesejahteraan rakan-rakan kita. Jika ada diantara rakan-rakan kita yang melakukan kesalahan maka masing-masing perlu mengingatkan antara satu sama lain.

Perbetulkan mana yang silap. Terimalah rakan-rakan kita seadanya kerana kita sebagai manusia sememangnya tidak sempurna.

satu benda yang ingin saya pesan pada kawan-kawan lelaki saya "Niat tidak akan menghalal kan cara" walau pun niat awak ikhlas....

Thursday, February 23, 2012

lagi saya memasak^_^

kenapa bila kita pandai masak je mesti org akan cakap "dh dekat dh ni" "dh boleh sangat dh ni" "dah ada ciri2 isteri mithali dah ni" perggg ayatttt...

habis kalau org yg tak pandai masak tu, yg tak pandai jaga budak kecik tu, so makna nya lambat lagi lah hahahaha..

tak semesti nya kan...jodoh tu di tangan Allah sepandai mana pun dia masak or ciri2 keibuan yg terserlah tak semesti nya jodoh dia dah dekat cuma itu satu kelebihan untuk seseorg itu je.

ayat-ayat tu lah org selalu shoot pada sy dan saya sangat lah lemau bila org berkata sedemikian...

ada je penpuan yg tak tau masak yg tak berapa suka budak2.. yg sangat rockers dan slumber tp jodoh nya cepat, sampai kan dia nk kawin pun orang tak percaya tapi sebalik nya pd perempuan2 yg ala2 mithali ni tp still jodoh nya lambat kan

sy percaya bila seseorg perempuan tu bila bergelar isteri automatic dia akan belajar dan pandai segala segi apa pun. Bak kata ustaz Kazim "kawin dulu, tahu lah nanti nak buat apa" so fikir2 kan

So makna nya jodoh bukan lah bergantung pada ke pandaian memasak or kelembutan or ada ciri2 isteri mithali sebab semua tu bergantung pada ketentuan Allah...jodoh Allah...redha Allah tu yg penting cuma semua tu ada lah kelebihan dan package pada seseorg perempuan tu.

saya nak share sikit pic kat bawah ni yg saya buat masa waktu lapang weekend yg lepas...bila sy bawa opis kwn2 kata benda yg sama, bila ckp cedap tu best lahh...tp bila ckp "yus dh boleh kawin sangat dah ni" lemauuuuuuuuuuu!!!!!!!





Sambal ikan bilis ni saya suka sangat nak buat nya pun agak leceh sebab kena kacau lama 2 jam, supaya boleh tahan lama..



Kek kukus ni request dari adik sy...dia ngidam sy lah kena buat...






kek coklat ni yg tak ingat dah yang keberapa kali saya dah buat..besa lah mula2 buat tu tak jadi tapi dah lama2 sedap hehehe (puji diri sendiri) ^_^

Monday, February 20, 2012

weekend terkezut....

weekend yang sangat mengejut kan, tak sangka ingat weekend kali ni mesti saya bosan tapi sebalik nye pula huhuhu...ok2 apa yg nak sy bagi tahu ada lah first....tetiba bila saya kat umah sy terfikir dan saya terus mesej kawan saya mohon maaf sebab ter emo hahahaha...pada hal ikut kan patut saya sound mcm tu, tp sy ni hati kering dan bila kena air dia akan basah, tak boleh lama2 nak marah or terasa mesti sy akan buat dee or memaafkan org dengan begitu mudah.

Bila kita dapat maafkan orang hati akan tenang dan minda akan terasa aman je..percaya lah dan itu lah yg saya rasa.

2 hari yang berturut membuat kan saya berfikir dengan waras dan akhirnya saya berasa aman dan damai. Ya Allah terima kasih diatas kurnia mu ini.

Percaya lah ayu dengan kebetulan dan Allah telah merencanakan sesuatu untuk engkau.

Hampir seharian sy dirumah, bila masuk petang sy dah mula rasa lemau, walaupun seharian dari pagi sy menghabiskan masa dengan memasak, mengemas dan melayan kerenah damia yg makin cerdik tu tp kalau dah bujang tu mesti nak keluar hehehe..bukan melepak ok seperti biasa hobi sy diwaktu lapang pasti sy akan berjoging dan ini lah masa nya dengan cuaca yg bagus memberi peluang pada sy.

jeng jeng jeng pertemuan yang tak disangka dan kebetulan sangat, tengah2 nak cari parking tetiba ada keta block kat depan dan bila diperhatikan "macam kenal" am dan kak zah kami pun bertemu dan lagi sekali gamat sangat keadaan bila dah berjumpa hehehe.

Niat yang pada mula nya nak berjoging hampir2 terbantut disebab kan pertemuan tu tp saya tetap kan niat saya yg asal utk berjoging hehehe..Lepas je joging saya sambung borak balik dgn mereka sampai pecah perut dan sakit2 mulut sebab duk gelak sakan.

Bila magrib baru kami beredar sesampai je kat keta, kami wish good bye..dan tetiba tanpa disangka, sesangat lah shock bila cermin keta sy diketuk oleh seseorg yang sy tak sangka, dia tuggu sy!!!! malu dah saat tu...tapi buat2 cool je...tak sangka dia sanggup tgk tempat joging tu dan mengharap sy akan joging dan kira2 haparan dia tak sia2 lah cuma yg sia2 nya 1 jam dah dia tunggu kat situ perggg...kata nya dia nmpk keta sy huhuhu..lelaki2!!! pasai penpuan sanggup, cuba lah kerana Allah huhuhu

Esok nya seperti diplaning minggu ini pergi kenduri kawin lg. kenduri lg. kenduri lg...berapa byk kenduri daaa...tp kenduri kawin yg ni kena lah pergi sebab beria dia jemput sampai kerumah.

kezutannn yang tak diduga utk kali ke tiga bg 2 hari berturut2. yang ni nak kata happy pun tak adalah sangat tp tangan ni tetiba jadi parkingsen hahaha..

kalau dulu ia kot sy happy gila tp skrg tidak sama sekali dan bila hilang dr pandangan trs sy jd "back to normal" hehehe kalau dulu mcm beruk dapat pisang hahaha

Bila kita dpt jumpa benda yang kita suka ofcos lah happy tp sekarang tidak lg "milik orang tu" pandang pun saya dah tak nak lalala...

Bila kita sentiasa ingat Allah dan mohon dipermudahkan segala yang sulit percaya lah Allah sentiasa mendengar dan setiap perkara yang Allah uji tu walaupun bentuk apa pun itu semua ada hikmah dan saya sangat bersyukur alhamdulilah...^_^

Tuesday, February 14, 2012

saya rindu pada mereka...






tetiba sampai office saya teringat kan mak dan abah kat umah...pastu bila saya on laptop terus saya ter on you tube dan memutar kan ceramah Ustaz Don Daniyal sebab semalam kat rumah nak play internet lembap dan bila saya buka pagi ni laju je.

Kata-kata ustaz ni buat sy terlalu rindu kan Mak dan abah biar lah siapa pun mereka, percaya lah insan yang paling saya sayang dan kasih ada lah 2 insan ini.

Tak dapat saya bayang kan tanpa mereka dalam hidup saya T_T Tetiba pagi2 rindu sangat pada mereka dan terus saya mendoa kan mereka.....




Monday, February 13, 2012

kurus feat gemuk

Sapa pernah gemuk macam saya? bila ingat kan balik macam mana saya gemuk dulu rasa takut pula, sebab sekarang saya rasa akan kembali ke zaman itu...tidakkkkk...

Ingat lagi masa saya gemuk dulu rasa macam malu pun ada sebab masa tu saya rasa sangat semput buat apa pun rasa nak pancit, jalan lama sikit dah penat pastu bila hiking mesti saya akan pancit awal2 lagi huhuhu. itu tanda nya badan kita berat ye...

Serius jealous bila tengok orang lain makan macam mana banyak pun still slim tapi tidak saya. Makan tak boleh overdose mesti confirm akan naik mendadak huhuhu...

percaya atau tidak dulu berat saya 70kg dan sekarang berat saya 56kg tapi hari ini 59kg ohhh tidakkk....nasib saya tinggi sikit 160 je kalau tidak memang saya dah macam ayam katik yang gemuk hahahaha...

Sebenar nya perkara yang buat saya tetiba nak share dalam blog ni sebab terlalu risau akan berat badan sendiri ni. Nak kata senang hati tak ada lah, makna nya berat badan saya ni tidak lah dipengaruhi oleh otak.

Tetiba ingat masa gemuk dulu, bagus juga gemuk sebab saya nak makan apa saya sumbat je pasti habis tapi yang pelik nya sekarang, makan sikit mana pun pasti akan berlebih huhuhu..tak suka penbaziran, jadi saya rindu kan selera saya yang dulu.

Mula-mula masa saya turun berat badan saya tak perasan, tapi bila orang tegur baru saya perasan cuma apa yang saya ingat selera makan saya makin berkurang....

saya nak share apa tips yang boleh saya turun berat badan.

1. Saya kurang makan nasi.
2. Tiap2 hari exercise.
3. Tiap2 hari sauna.

Benda2 ni lah yang buat saya turun dalam masa 1 tahun lama kan hehehe...tapi nak consistent bukan main payah.


Saya setahun yg lepas hehehe ^_^



saya 5 tahun dulu ^_^

Sunday, February 12, 2012

happy lagi niii ^_^

semakin bz...happy sangat lately ni dan yang penting kita luah kan dengan "alhamdulilah syukur nikmat kepada Tuhan yang memberi rahmat" macam pernah dengar je seni kata ni hehe..lyric lagu kebangsaan masa saya kecik2 selalu dengar tu yang boleh hafal sampai hari ini...hebat tak hotak sy hahaha

tengelam timbul tengelam timbul last sekali tengelam tak timbul2 dah ..bila last sekali timbul saya menerima kabaran....

anda akan berpindah terus..hureyyyyyy (sambil menari ballet kegembiraan) hahaha..

tapi bila fikir balik kenapa anda pindah!!! malu dengan saya?? pelikkk errrmmm whatever lah janji saya happy untuk anda berdua.....

sebenar nya kan yang buat saya lagi best adalah sebab saya dapat diri kan masjid orang hahaha dah macam tok imam pula sy ni hehehe dulu malu skarang perggg dengan saya pun mengelak yee tapi tak kisah pun saya suka je atleats saya tahu niat awak.

bukan senang tau dapat kanen kan orang pastu menjadi hehehe...^_^

yang best nya bukan sekadar couple tapi dah jadi husben n wife tau hehe...malu2 nak ngaku yee and last saya tau sendiri dan saya sangat lah happy "sambil menari ballet hehehe" ^_^

jodoh saya biar lah Allah yg tentu kan biar lambat janji kita berjumpa mr. right..betul tak??

hidup lah dengan hati yang riang walau pun kita diuji, tapi setiap kegembiraan pasti lawan nye sedih tapi saya tetap akan rasa sabar..sebab sabar tu cantik...

Wednesday, February 1, 2012

kata Hikmah Untuk Sahabat...

Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.

Jangan basuh mangkuk persahabatan dengancuka.

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tionggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.

Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan oranag yang akau tidak malu kepadanya.

Kalau enkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.

Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.

Brang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu.

Teama-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.

Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.

Kekayaan menarik sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.

Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.

Sahabat yang ebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.

Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.

Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.

Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.

Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.

Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.

Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.

Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.

Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.

Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.

Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.

Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.


Copyright from Kata-kata hikmah (saya suka sebab tu lah sy copy) hehehe

maaf anda direject hehehe

Terlalu memikir sampai memakan diri sendiri...ahh amik kau itu lah padah nya bila terlalu memikirkan...tp bila dah tak fikir benda tu pula datang sendiri..serabut serabut...dulu tercari-cari sekarang dicari-cari!!!!

Dulu tak kisah sekarang dah kisah...saya tak nak dah huhuhu..setia menunggu pada yang satu ewahh hehehe...cerita rimas bagi tahun 2012 dengan cerita seseorang yang tak tahu nak diketegori kan pasal apa dia ni. Betul lah orang kata bila "hati dan perasaan tak boleh dipaksa" so please tolong jangan paksa huhuhu...malu bangat ni...

Disebab kan saya berterus terang saya reject dia terus dia cari rumah saya huhuhu..tak sukaaa...saya tak suka orang tahu rumah saya dan dia dengan berani dan slumber datang buat muka tak malu perggggg gila berani...pada hal sy tak bagi tahu apa ntah lagi tunjuk dimana rumah sy, dia boleh cari sendiri...

Bila kita tidak suka kan sesuatu mesti ada sebab walau macam mana dia baik sekali pun mesti ada sebab so saya punya sebab sendiri kenapa saya tak suka...

Kakak ipar saya kata "kita patut beri peluang pada org yg bersungguh nak pada kita bukan kita yang hendak pada orang" tapiii sy tak nakkkkkkk huhuhuhu....

Betul!!! benda yang baik tak akan datang bergolek depan kita kalau tak di usaha tapi kadang benda yang baik kita tak boleh pandang pada luaran huhuhu...by hope or by crook suatu hari dia akan faham...

niat bila di salah anggap pun susah juga tapi bila hati yang ikhlas pasti akan ada penyelesaian so berdoa agar dia diberi yang terbaik mungkin bukan saya..hopefully...

fuhhhhh lega dah cita dalam entry ni hehe...sekadar ingin meluah kan apa yang berbuku dalam hati ni...^_^