Friday, October 12, 2012

Ketika sy dengar....



Lyric lagu ni simple dah tenang jeee....

Tuesday, October 9, 2012

Saya terlupa....


Semua manusia pernah rasa marah pada sesuatu sampai satu tahab kita rasa benci sangat tp sebenar nye kita tak boleh terlalu membenci sebab mungkin boleh memakan diri sendiri.

Kita tak berhak untuk berkata yang kita tak akan jadi macam tu. Tapi siapa kita untuk berkata tak akan!!!

Ya!!! sy benci sangat..sangat2 pd sesuatu perkara tu tp bila sy tersedar baru saya tahu benda yang sy benci tu lah sebenar nya yang terbaik untuk sy.Allah telah menrencana kan sesuatu perkara yang kita sendiri tak tahu. Tapi sebagai hamba sy lemah untuk menilai.

Firman Allah SWT: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216) Orang yang beriman hendaklah meyakini setiap perkara yang berlaku ke atas dirinya sama ada baik atau buruk, semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi.

Jika ditimpa masalah dan musibah, hendaklah kita yakin bahawa di sebalik musibah itu ada hikmahnya tersendiri. Justeru, hendaklah kita bersifat reda kepada ketetapan Allah SWT.