Tuesday, May 24, 2011

Masakan yang tak dijangka....

kalau dah suka pengang senduk gini lah jadi nye...apa yang ada kat dapur habis saya keja kan, emak tak ada 2 minggu sebab balik kampung so saya pun mengunakan lah peluang yang ada kalau tak mak mesti membebel habis bahan aku kata nye hihihi....

resepi kali ni saya nak masa jeng jeng jeng....
Nasi minyak dan ayam masak merah....
bila tengok abah dan adik makan sampai licin tu tanda nye sedap kan hihihi

Resepi saya ni tak susah pun..

Nasi minyak :-
- Beras (elok nye beras basmathi tapi mahal bebeno so sy guna beras biasa je)
- Minyak sapi
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Susu cair
- Bunga lawang
- Kayu manis
- Buah keras
- sankis oren (nak bagi kuning)
- kismis
- Bawang goreng
- Daun pandan

cara nye ikut style saya lah ye
panas kan minyak sapi tumis kan rempah ratus tu masuk kan bawang putih gan merah serta halia..tumis sampai naik wangi ye...pastu masuk kan beras gaul sampai rata pastu masukkan susu cair, gaul kan pastu masukan sunkist oren 2 sudu je yeaa...pastu masukan garam sikit, than masuk kan daun pandan dan air ikut sukatan beras yeaa...tanak sampai masak kemudian masukan kismis dan bawang goreng siapppppp hihihi

Ayam masak merah :-

Bahan nye

- Ayam
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Serai
- Cili merah
- Cili kering
- Sos cili
- Sos tomato
- Tomato
- Kulit kayu manis/ bunga lawang/ buah pelaga/ bunga cengkih.

Caranya pun senang je....

Goreng ayam separuh masak yea..klu rajin sy suka perap dulu klu malas sy goreng kan je separuh masak. Bland kan cili kering, cili merah, bawang putih, bawang merah dan halia..tumis kan rempah ratus masukan cili bland tadi masak sampai pecah minyak, cili ni kena masak btl2 klu tak sakit perut pulak makan nnt. Masukan sekali serai yea...Tumis sampai masak, masukan sos tomato, sos cili gaul dan masak sampai sampai pecah minyak lah...masukan tomato cincang atau boleh je bland atau pun tomato purre tp nnt masam sgt sy x suka..masukan ayam td kacau kan sampai masak klu sy suka masukan daun limau purut..dan last sekali masukan bawang besar yg dah di potong bulat2..jangan lupa pula garam yea secukup rasa..perasa tu terpulang...

Ini lah dia hasil masakan sy kali ini yang tak seberapa...."pasni nk masak apa pula yea" ^__^

Monday, May 23, 2011

aku tidak solat tetapi aku tetap berjaya itu adalah istidraj... apa itu istidraj???

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? Maka saya hendak bertanya kepada anda. Adakah anda tahu apa itu istidraj? Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj? Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya. Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT. Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya.

Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia. Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab, “ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku” Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. Nah… Apakah itu yang kita mahu? Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian? Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?” Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya. Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH. “ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya” Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi.

Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…” Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Saya yakin tidak.. Anda tenang sekarang? Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT. Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita. Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Thursday, May 12, 2011

Insan yang bergelar emak...


Entri saya selepas luahan yang tak kesampaian, macam-macam yang berlaku pada saya lately ni tapi saya tetap bersyukur dan redha walaupun saya tak lah kuat mana pun untuk menghadapi setiap apa yang berlaku. Setiap orang akan merasa diatas dan ada masa diakan rasa dibawah dan saya sudah merasakan nya. Sangat perit tapi saya redha sebab saya tahu Allah sedang menguji saya. Baru-baru ni pada tarikh 27 April 2011 emak kena tahan wab masa tu bertapa risau, sedih dan sayu nya hati melihat mak. Tak dapat saya bayang kan hidup saya tanpa emak dan abah. Bila saya tengok abah aku juga turut sedih sebab terpaksa berdikari seorang tanpa emak disisi dan saya menjaga emak setiap hari selama 6 hari dihospital dan selama 6 hari itu juga lah saya tak makan, tak rehat dan tak tidur dengan lena sampai berat saya boleh turun mendadak sampai 5kg.

Ntah kenapa hati ini lately ni asyik2 sedih dan sayu maybe terlalu fikir kan mak dan abah saya tak mampu buat apa2 untuk mereka hanya doa dan harapan yang saya mampu harap kan dalam hati ini. Itu lah bila hati kita senang dan gembira ada masa nya kita akan bersedih dan masa nya adalah hari ini tapi saya bersyukur sangat walau apa pun saya masih berdiri teguh dan mampu tersenyum dan masih dapat control perasaan ini.

Hampir 8 hari emak di wab dan akhir nye hari ke 8 mak dapat keluar Ya Allah bertapa saya bersyukur sangat pada Ilahi dan tetiba air mata yang payah nak mengalir ni boleh jatuh bertitik2 sebab saya dapat melihat mak keluar dan dapat lihat abah bersama mak, saya tak sanggup tengok mak kat wab yang mcm tin sadin tu, betul lah kata orang tak semua hospital kerajaan ni bagus dan yang saya lihat memang tak bagus hospital klang ini.

Tetiba baru teringat hari ibu hari tu 7 may, saya ni memang tak pandai nak susun ayat atau nak bagi ayat copy ayat cukup terel hihi...Tapi percaya lah emak anak mu ini terlalu sayang kan mak dunia akhirat.

Tiada yang lebih berharga dalam hidupku ini

hanyalah pergorbanan mak yang telah bersusah

payah membesarkan ayong..

segala keperitan yang pernah mak harungi ketika

membesarkan ayong tidak dapat ku bayar dengan

apa jua bentuk sekali pun.

mak..terima kasih di atas segalanya..

selama 26 tahun mak membesarkan

ayong selama itu jugalah ayong rasa

cukup bahagia dan gembira ketika bersamamu...

walaupun kita berjahuan percayalah tidak

pernah sehari ayong melupakan mak

dan mendoakan emak..pengorbanan

emak pada ayong tidak dapat ayong

bayar dengan wang ringgit tapi

sedaya mampu akan ayong turut kan

kehendak mak jika itu yang mampu

membahagia kan emak...

emak percaya lah pada anak mu ini...

yang teramat menyayangi diri mu

dunia dan akhir...kasih nya diri ini

pada diri mu hanya Tuhan yang tahu...

Salam sayang dariku untuk emak...

cu..cik ani...atok...emak...cik jas...anjang...maksu (ibu-ibu yang sentiasa teguh dgn gelaran ibu mithali)

Jiwa beriman tabah hadapi dugaan


Sabar, jujur dalam urusan seharian akhlak Muslim dipelopori Rasulullah

KESABARAN merujuk kepada kemampuan untuk menanggung kesukaran tanpa gelisah dan menunggu hasilnya, biar berapa lambat sekalipun di samping sanggup menghadapi bebanan biar betapa berat dengan hati tenang dan pemikiran jitu.

Ini adalah berasaskan prinsip dalam al-Quran yang menekankan manusia pasti diuji sehingga mereka mengaturkan persediaan untuk menghadapi bencana yang akan menimpa supaya tidak kehilangan punca apabila bencana menimpa secara mendadak.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya kami tetap menguji kamu sehingga ternyata pengetahuan kami ternyata adanya orang yang berjuang daripada kalangan kamu dan orang yang sabar. Kami dapat mengesahkan berita mengenai keadaan kamu.” (Surah Muhammad, ayat 3)

Konsep sabar diasaskan kepada dua hakikat penting iaitu :

Pertama, tabiat kehidupan di dunia ini, Allah tidak menjadikan dunia sebagai tempat balasan dan persemadian. Dunia dijadikan tempat ujian dan percubaan.

Kedua, ia dikaitkan dengan hakikat ‘iman’ iaitu ikatan antara manusia dengan Allah. Manusia harus tunduk kepada ujian Allah untuk membuktikan mana yang tulen dan palsu.

Firman Allah yang bermaksud:

“Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru pada serba-serbinya; Allah akan memperlihatkan kepada kamu tanda kekuasaannya; maka janganlah kamu meminta disegerakan kedatangannya.” (Surah al-Anbiya’, ayat 37)

Sifat sabar adalah ciri keagungan dan lambang kesempurnaan serta petanda penguasaan diri terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Dalam tamadun Barat pun, sifat ini diterima dengan baik.

Seorang tokoh terkenal Amerika Syarikat pernah berkata: “Jangan memohon untuk meringankan bebanmu tetapi mohonlah supaya ditegapkan badanmu.” Pokoknya, sabar akan memupuk sikap keagungan dan percaya kepada diri sendiri.

Sabar boleh dibahagikan kepada tiga kelas. Pertama, sabar atas ketaatan. Ini adalah berasaskan kewajipan untuk melakukan sesuatu secara berterusan atau istiqamah. Contohnya, sabar dalam melaksanakan ibadah dan tuntutan agama.

Kedua, sabar daripada maksiat yang menjadi unsur penentangan terhadap godaan tersebar terhadap manusia yang menggerakkan mereka melakukan dosa dilarang.

Sabar adalah cetusan daripada keyakinan yang kuat dan tumpuan tegas terhadap apa yang diredai Allah SWT. Ini adalah semangat yang melindungi diri daripada melakukan perkara keji serta keburukan.

Ketiga, kesabaran menghadapi bencana yang menimpa seorang Muslim sama ada diri, keluarga, harta atau kedudukannya.

Konsep kesabaran bertambah kompleks apabila ia dipikul kumpulan kepemimpinan mewakili sekelompok pengikut, lebih-lebih lagi pemimpin yang mewakili kumpulan lebih besar, meliputi pelbagai bangsa, agama dan budaya.

Pemimpin akan sentiasa diuji dengan pelbagai isu dan akan dirakamkan dalam sejarah kepemimpinannya, sama ada dia lulus atau gagal menangani pelbagai perkara yang mewarnai eranya.

Pokoknya, pemimpin sejati bukan sekadar popular pada eranya sebaliknya dikenang sepanjang masa.

Begitu juga dalam perniagaan, sikap sabar menghadapi kerenah pelanggan dan pekerja adalah sifat terpuji kerana ia menjadi asas kepada kejayaan perniagaan jangka panjang.

Kesabaran menghadapi dugaan ekonomi dan perniagaan yang meleset dan kesabaran menghadapi peraturan, tekanan serta pesaing di pasaran juga penting untuk memastikan perniagaan terus hidup pada jangka masa panjang.

Kesabaran juga akan memberikan kesan besar kepada pertimbangan terhadap kesaksamaan dan keadilan. Bersikap adil bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan ketentuan akidah, syariah dan akhlak serta bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

Adil meliputi keadilan kepada orang lain dan diri sendiri. Banyak contoh bagaimana Rasulullah SAW menunjukkan sikap adilnya.

Dalam sebuah hadis, dikatakan: “Kaum Bani Israel sudah menemui kehancuran disebabkan mereka mengadakan undang-undang (hukuman) ke atas orang miskin dan memaafkan orang kaya.”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, berdiri tegaklah untuk Allah sebagai saksi kepada keadilan dan jangan biarkan permusuhan orang lain menghasut kamu supaya bertindak berlawanan daripada keadilan, sentiasa berlaku adil kerana ia sangat dekat dengan ketaatan. Bertanggungjawablah terhadap tugas kamu kepada Allah.”

Dalam al-Quran juga seruan begini jelas seperti firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa atau kaum kerabatmu sama ada mereka kaya atau miskin.” (Surah an-Nisa’, ayat 135)

Bagaimanakah sifat adil diamalkan dalam perniagaan? Adil penting dalam urusan jual beli. Timbangan yang tepat adalah satu aspek keadilan yang penting.

Memberikan maklumat sepenuhnya kepada pelanggan bagi membolehkan mereka membuat keputusan rasional adalah satu lagi sikap keadilan dalam perniagaan.

Bersikap adil ketika tawar-menawar bagi mengelakkan elemen eksploitasi disebabkan tekanan atau maklumat tidak sempurna dimiliki rakan kongsi adalah perlu.

Pengiklanan dan promosi serta bentuk pembungkusan yang boleh mengaburi mata bertentangan sikap keadilan dalam perniagaan.

Syarat perniagaan dan urusan jual beli yang memberikan faedah kepada kedua belah pihak secara seimbang juga satu contoh amalan perniagaan adil.

Perkongsian keuntungan dengan pekerja atau pemodal berasaskan pada kadar sesuai adalah satu lagi sikap adil yang perlu diamalkan.

Ada banyak lagi elemen peribadi Muslim boleh diambil sebagai akhlak yang menjadi asas etika kehidupan sejagat. Ini termasuk baik hati, rahmat dan kasih sayang, kemaafan, murah hati, layanan baik, pengorbanan, rendah hati, kesopanan, tabah, tekun, gagah, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, bekerjasama, ketepatan masa, berjimat cermat dan bersyukur.

Jika diperhatikan, sifat dan sikap berkenaan hampir semua boleh dikaitkan atau berpunca daripada prinsip akhlak Islam yang dipelopori Rasulullah SAW. Ia adalah ciri pecahan kepada prinsip asas akhlak Islam.

Prinsip kehidupan seorang Muslim berteraskan kepada konsep mengamalkan Islam sebagai cara hidup.

Ia berteraskan kepada nilai hidup setiap individu Muslim di alam semesta yang menekankan konsep pengabdian kepada Allah.

Cabaran yang yang tidak boleh diketepikan juga ialah mengukuhkan nilai murni individu supaya sentiasa menonjolkan kepentingan masyarakat umum dalam keputusan yang dibuat. Ini memerlukan nilai diasaskan pada akhlak berasaskan ajaran Islam yang murni.

Prinsip mengutamakan kepentingan ummah dengan matlamat mendapat keredaan Allah berbanding diri sendiri dan segelintir kecil kumpulan akan menjadi tonggak utama penyelesaian isu dalam apa bidang sekalipun.