Tuesday, June 28, 2011

Sungai Chiling Fish

Ni lah aktiviti paling saya suka bila hujung minggu, pantang ada orang ajak berkelah pasti sy yg tergedik2 nak join dulu. Kali ni destination ke sungai Chiling dekat je dekat Kuala Kubu baru. Perjalanan dari klang ke sena dlm 45 minit je. Planing ni semua nya last minute tanpa dirangcang. Kak ogy dia memang berjiwa sungai "berjiwa sungai" cam pelik je bunyi. So sy berjumpa dgn org yg sehati sejiwa lah. Aktiviti outdoor macam ni memang kegemaran sy tp tak ada lah selalu sangat sy join. Tp sebenar nya sy memang suka sungai dgr bunyi air, bunyi unggas, tgk daun2 hijau memang menenang kan sy, lg klu dpt ber jungle tracking perggg memang best wooo...

Sampai je sungai chiling ni kena amik masa sikit, tak ada lah mcm sungai2 yg lain smpi je dah nmpk waterfall yg ni lain sikit. Kami kena redah masuk hutan, anak sungai, bukit, ikut kan kata org kat situ 45 minit kena jalan kaki masuk. So sy fikir tak ada lah jauh. Tapi the last kami meredah masuk sampai 2 jam hahahaha. Bukan sebab jalan nye terlalu mencabar tapi kami bawa kwn yg tak biasa masuk hutan so perjalanan byk rehat lah....setiap 5 minit kami berenti so apa tak nya sampai 2 jam. Tapi time balik tu kawan kami terpaksa jalan laju sebab ada hal kata nya so dia mengambil masa 45 minit utk smpi ke jln keluar so btl lah kata tuan tanah tu 45 je nk smpi sana.

Mula masuk dekat pintu gerbang...tapi pintu gerbang nya sy tak tempek ...



Ni je lah makanan yg kami bawa, sy bawa mee tu je yg lain2 tu kak ogy, kak nurul dan kak zizah juga bawa.




Ni lintasan pertama mula2 nak menyeberangi sungai, tapi lintasan pertama ni akan lalu atas jambatan.


Ni pula laluan yg telah sy lalu just alur sungai je...



bermula lah lintasan yang mencabar, lintasan kedua mencabar.


focus-focus on that road...




Lintasan ketiga ni bermula lah kecabaran nye kena turun naik bukit and sungai...



Nampak macam biasa kan, saja tak nk tunjuk yg dasyat2 hihihi



Kalau tengok btl2 batu kat sungai ni sangat licin, setiap org yg lalu klu tak biasa mesti tergolek2..



Tgk mcm senang ke nak lintas tp bila dah lalu tahu lah mcm mn payah nye nak control coz dgn batu2 yg licin ni..



Lintasan ke 4 ni pula tempat di mana am jatuh dengan kamera nye, nasib tak masuk air kamera dia...kamera canggih tu..



Jangan disangka sungai yg tenang tidak dalam, yg tenang ni lah dlm oooo


Diantara laluan yg kami lalu...

Lintasan ke 5 ni pula kalau ingatkan balik memang kelakar, time ada memorable hihihi



Laluan sungai yg ke 5 ni susah sikit sebab jalan nya byk batu bata...



Ni lagi lah, tgk mcm cetek tp masa lalu tu boleh pula tergolek sebab batu nya licin sangat.

semakin hampir dengan destination laluan ke 6



sempat juga lah berendam kaki konon2 ala2 spa fish tu...tp ikan2 ni tak nk gigit kaki sy...huhuhu



Diantara sungai2 yg kami lalu, sg ni tak tau lah yg keberapa dah hihihihi

sy suka tgk pic ni coz kesungguhan dan keyakinan zu berjuang sampai ke puncak sungai chiling...



Akhir nye destination yg dinanti2 kan sudah tiba ini lah dia waterfall yg cantik itu...


jangan sanka kami perempuan tidak mampu meredah sungai, bukit dan ganang yeaa


geram gila tgk ikan-ikan ni tau besau2 pula tu...takut nk sentuh...

bila tgk org tu terjun edak lah teman berani part tu dlm gila kata nye 8 kaki dlm huhuhu


anak sapa lah niii ^__^


ni dia nye map ke waterfall....

Ingat kan tiap2 hari buka...jumaat sabtu ahad je buka huhuhu

Tuesday, June 14, 2011

Jodoh Allah!!! Saya????



Bila lah kau nak kawin ni ayong?? statement yang paling buat sy menyebalkan...tak ada soalan lain ke, tua sangat ke sy ni?? Usia 26 tahun rasa nya belumlah terlalu lewat. Jodoh ni macam rezeki juga ia telah ditentukan Allah percaya pada hakikat agar kita berusaha. Cari lah jodoh yang baik seperti mencari rezeki dijalan yang baik, InshaAllah.

Bila tiap2 tahun ada je kawan2 yg terdekat kawin dan bila berjumpa pasti soalan normal yg ditanye

"bf kau mana?"

"Menipulah tak ada bf, tak kan lah orang macam ko tak ada orang nak?"

"awk bila lagi?"

"ada org nk kenal dgn ko blh x?"

"jgn nak memilih sgt lah..."

aduhh...ayat yg makin hari makin kerap ditanye oleh org sekeliling sy perggg..memang mencabar iman sungguh lah...

"bf?? bff ramai lah"

"belum sampai jodoh lg"

"bila?? date tak jumpa tahun lagi lah ntah mana2 je"

"bkn memilih blm jmp mr. right je"


Bukan lah kerja kita, Itu semua ketentuan Allah...Usaha, Tawakal dan berdoa lah....pasti akan bertemu.

Bosan juga sebenar nya bila di tanya soalan mcm tu tapi itu lah lumrah kehidupan, setiap makhluk dijadikan berpasang2 so bila tengok org yg tak ada pasagan ni soalan mcm tu biasa lah...Sy tak memilih siapa pun jodoh sy, cuma sy harap dia boleh jd Imam kpd sy dan anak2 sy kelak dan yg bertanggungjwb dan blh bertolak ansur. Naluri manusia lagi2 perempuan macam sy kadang tak lari dari perasaan ingin dimiliki tapi sy percaya pd ketentuaan Allah dan hikmah yang tersembunyi.

Kisah baru2 ni........

Baru-baru ni sy dikenalkan dengan seorg lelaki kira pilihan keluarga jg lah tapi kami knl bukan lah disengajakan kebetulan kenal masa dihospital, mak punya lah berkenan macam sah2 dia ni akan jadi suami sy. Sy Tidak menolak jodoh kalau dia ditakdirkan utk sy tapi yg jadi masalah utk sy bila emak terlalu mamaksa sy rapat dengan dia, siap suruh ajak keluar "sy kena ajak dia keluar" punya lah mak ni despreate.

Tapi sy menolak dgn cadangan mak tu. Ada ke perigi nak cari timba??

Sy tidak menolak jodoh kalau sudah sampai, sy redha klu jodoh sy tu ditentukan oleh keluarga sebab sesiapa yg tekad menjadi hamba Allah dan klalifah pasti tidak akan dikecewakan Allah s.w.t.

Tapi dalam hati kekadang membuak2 ingin jodoh tu ada lah pilihan sy sendiri dan ingin memiliki org yang kita syg atau suka tp siapa kita hendak memilih dan berharap. Sy tidak akan merendahkan martabat diri demi meraih cinta seorg lelaki sebab sy tahu manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pd takwanya, hati yg sentiasa tunduk malu pd perkara2 yg tidak sepatutnya.

Saya juga akui pernah berbuat dosa tp sy berusaha utk baiki diri dan cuba mengelakan diriku drpd melakukan perkara2 yg tak sepatutnya. Sy selalu bedoa agar sy dpt jauh drpd melakukan kemaksiatan hati mahupun tingkah perbuatan secara rahsia atau terang2gan...

Percaya lah pd janji Allah yg telah dikirim utk meraih cinta yg lbh besar yakni cinta Ilahi maka sy redha. Sy tidak mahu mengatakan sy ikhlas menerimanya kerana ikhlas itu milik Allah yg tidak ada manusia berhak menyatakan bahawa dia ikhlas. Biarlah Allah sendiri yg menghukum tentang itu.


Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin.Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.

(Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia, ia telalu mulia.

Thursday, June 9, 2011

Kalau dah hati tu???

1. Pemarah

Perlu ke nak marah tidak tentu pasal atau hanye kerana perkara kecil dibesar2 kan, ingin menunjukan dia betul so perlu dengan amarah itu. Tapi apa yang saya tahu orang yang marah pasti sukar berasa tenang. Rasa tak ada mood pun boleh jadi marah "perlu ke??" Boleh ke merasa bahagia dengan marah tidak tentu pasal, Sifat marah membezakan manusia dengan binatang. Seperti serigala yang menjadi marah dan akan bertindak tanpa berfikir. Manusia Allah beri akal dan fikiran yang sempurna supaya tidak bertindak membuta tuli. Apa yang saya tahu orang seperti ini susah mendapat kawan....

Allah berfirman :-

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”

2. Pendendam

Sifat yang paling saya takut jika dia ada dalam diri saya, tapi alhamdulilah saya bukan seorang pendendam. Orang yg ada sifat dendam tidak pernah rasa tenteram selagi dia tidak membalas dendam dalam hati nya. Imposible if difikirkan orang macam ini boleh tenteram dan aman. pengertian dendam itu, ialah bila hati seseorang itu merasa sangat berat terhadap, seseorang, seperti membenci, menjauhi diri darinya. Sekecil-kecil perkara pun boleh menjadi dendam kasumat di dalam hati nya. Bila dia rasa dendam pada seseorang dia akan membalas dalam apa cara sekali pun, kadang sampai menjadikan orang lain mangsa untuk membalas dendam. Ada kah orang seperti ini mampu merasa bahagia??? Muhasabah lah diri jika kita rasa dendam walaupun seciput perasaan dendam.

3. Hasad dengki

"Meluat aku tengok bdk ni, ko ingat ko selamat" ayat orang yg dengki dengan kebahagian atau kesenangan orang lain. Tak mungkin lah hati dia akan tenang dan bahagia bila hati di selit rasa hasad dengki. Orang tu bergaya jeles..orang tu tukar kereta pun jeles...orang tu naik pangkat pun jeles..orang tu senyum pun jadi masalah...Senang cita orang tak boleh rasa lebih dari dia, dalam hati dan fikiran dah penuh dengan hasad dengki, boleh kah orang seperti ini merasa bahagia dan tenang dalam hidup dia???

Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).

4. Tidak sabar

Tertekan betul lah hidup ini. kena ujian kecil dah rasa tekanan yang amat. Baru kena kutuk...susah sikit tak ada duit...baru tak kerja sebulan...baru kerja susah sikit...paling tak sabar bila rasa diri dikecewakan...macam2 lg benda yang simple think pun boleh jadi hilang sabar sampai menyalahkan takdir. Merungut atas kesulitan hidup. Apatah lagi kalau diuji dengan perkara-perkara besar. Mahu sampai bunuh diri pun ada...Macam mana nak rasa bahagia atau tenteram mustahil sangat. Ingat lah setiap perkara yang berlaku ada hikmah nya dan Allah tidak akan menguji diluar batas seorang hamba.

5. Ego

Tetap dengan hati yang degil tak nak dengar pendapat orang, sentiasa fikir dia betul, langsung tidak fikir perasaan orang lain. Berdepan dengan orang ego betul2 buat sy tercabar, pantang kalau diri nya dicabar atau dikritik jangan lah ditegur walaupun terbukti dia melakukan kesalahan, tetap dengan ego dan keras hati. Sombong dan angkuh ada dalam diri seseorang yang ego. Kebahagian selayaknya ke dia dapat?? mustahil bagi nya walaupun dia berkata "aku puas" tapi dalam sudut hati nye Tuhan sahaja yg tahu.

6. Riak

Aku pegawai dekat bla bla bla....gaji aku bykkk cecah lahh 5k....perlu ke nak menunjuk dengan bangga nya?? paling bangga bila orang lain menrendahkan diri sendiri dan membangga kan diri dia. Sifat yang suka menunjuk2 ni selalu nya akan rasa puas bila orang memuji dia. Sentiasa tertekan bila orang buat tak tahu je. Berlakon depan orang untuk dipuji dan dibanggakan. Kebahagian apa yang dicari?? Kepuasan ke??

7. Cinta Dunia

Tak cukup ni!!! pada hal duit dah berkepul2 dalam bank..aku nak ni..aku nak tu...semua benda kat dunia ni semua nya nak...orang lain pakai aku pun nak...aku akan dapat kan juga...Apa dia?? harta dunia yang memang sah2 tak akan bawa mati. Hati nya sentiasa tak tenang atau bahagia dengan harta yang ada apa yang dia fikir nak tambahkan harta dan nak jadi lagi kaya, sekaya yang mungkin. sebanyak mana pun kekayaan dan harta nya dia tidak mampu mendapat kebahagian dan ketenangan kalau asyik fikir harta yang tak mungkin boleh bawa mati. Ingat lah hati yang mensyukuri dan redha itu lah akan mengisi kebahagian dan ketenangan kita.

Tuesday, June 7, 2011

=)Tabah kan hati ini yaAllah(=

Alhamdulilah ungkapan yang selalu saya sebut...ye ke?? Allah saja yang tahu,

June dah half year rupanya pejam celik je, nikmat yang Allah beri
sepanjang half year sungguh buat saya terasa bersyukur sangat macam-
macam perkara yang berlaku pahit dan manis tapi saya masih sama seperti
biasa tidak ada yang berubah atau mengubah saya. Cuma ada lah beberapa
perkara yang buat saya culture shork sikit tapi saya bersyukur dan redha.


Sekadar ingin berkongsi apa yang saya rasa, tetiba berfikir apa yang saya rasa
sekarang gembira ke? ia gembira...aman ke?? ye aman je rasa...murah ke rezeki
saya?? alhamdulilah tidak lah kaya tapi cukup lah sekadar mampu. Saya
bersyukur sangat bila sentiasa dikelilingi oleh orang2 yang saya sayang. Mak
abah, adik beradik, kawan2, suami je belum lagi tang tu tak tahu lah bila. Walau
apa pun yang saya rasa atau menimpa saya selalu set in mind is ungkap lah
dengan kata syukur sebab setiap yang baik itu datang nya dari Allah.Bukan
setiap masa saya akan rasa bahagia dan bukan setiap masa saya akan rasa
susah tapi setiap masa saya akan sabar dan redha.

Setiap perkara yang menimpa saya di muka bumi Allah ini ada lah ketentuan
dari Nya. Setiap manusia saya tahu akan merasa sedih dan gembira, seperti
saya juga sampai satu tahab saya tak kuat untuk bertahan rasa give
up dengan hidup yang penuh liku tapi bila saya ingat balik disitulah ada nya
Allah yang sentiasa bersama kita dan disitulah ada hak hakiki yang Allah sembunyi kan dari kita.

Teringat akan terladan dari Nabi ayub a.s bertapa besar nikmat yang Allah bagi
kita berbanding kesakitan , dugaan dan cabaran dari Allah sw.t...dari seorang
yang kaya raya dan berkedudukan sebagai nabi, baginda tidak pernah lupa
diri. Lidah dan hatinya sentiasa berzikir dan bersyukur dengan nikmat Allah itu.

Kuat ke saya untuk menghadapi segala dugaan dan rintangan dari mu YaAllah???

Saya amik artikal ni dari I Luv Islam....

Nabi Ayub as adalah seorang yang kaya-raya dan hidup harmoni bersama
keluarganya. Pun begitu, sesuai dengan kedudukannya sebagai Nabi, Baginda
tidak lupa diri. Lidah dan hatinya sentiasa berzikir dan bersyukur dengan
nikmat Allah itu. Baginda juga terkenal dengan sifat sabar. Kerana itulah Iblis
sangat dengki kepadanya, lalu memohon izin kepada Allah Taala untuk
menguji kesabaran Nabi Ayub supaya sesat.


"Engkau boleh datangkan musibah ke atas seluruh harta benda dan
keluarganya, tetapi engkau tidak mampu mengenakannya ke atas tubuh
badannya," tegas Allah swt.


Iblis pun mengumpulkan kekuatannya. Segala jin dan syaitan dikerah
menghadap Iblis. Iblis membahagi-bahagikan mereka kepada beberapa
kumpulan. Masing-masing diberikan tugas khas. Misi mereka semua ialah
memusnahkan segala-gala milik Nabi Ayub as. Selain harta benda yang
musnah, anak-anak Nabi Ayub mati kesemuanya dikerjakan tentera Iblis.

Kemudian Iblis datang menemui Nabi Ayub as dan berkata;


"Wahai Ayub, lihatlah malapetaka yang Tuhan datangkan kepadamu. Anak-
anakmu, harta bendamu kini musnah semuanya. Itulah tandanya Allah swt
tidak terima amal ibadahmu selama ini."



"Allahlah yang Maha Pemberi dan Dia jugalah yang berhak mengambilnya
semula," jawab Nabi Ayub tenang.


Marah sungguh Iblis mendengar kata-kata itu. Lalu dia kembali menghadap Allah.


"Ya Allah! Ayub telah hilang segala-galanya namun imannya tetap teguh.
Izinkan aku untuk uji dia lagi, kali ini ke atas tubuh badannya. Biar dia tidak
lagi menunaikan ibadah kepadaMu ," mohon Iblis kepada Allah swt.



"Engkau boleh sakiti tubuh badannya, tetapi tidak hatinya," tegas Allah swt.


Sekali lagi Iblis dan konco-konconya mendatangkan musibah kepada Nabi Ayub as.

Ditiupkan penyakit kepada Nabi Ayub.
Menderitalah Nabi Ayub menanggung sakit dan dipulaukan orang ramai kerana takut berjangkit.
Hanya isterinya yang masih setia di sisi.
Biar habis tubuhnya diserang penyakit, namun hati Nabi Ayub as tidak henti-
henti memuji dan bertasbih kepada Allah.
Gagal menyesatkan Nabi Ayub, Iblis menggoda pula isteri Baginda.

Sehinggakan isterinya berasa tidak tertanggung lagi dengan kehidupan itu.
Dia menyuruh Nabi Ayub berdoa kepada Allah agar dipulihkan keadaan.

"Telah berapa lama kita nikmati hidup mewah pemberian Allah?" Tanya Nabi

Ayub kepada isterinya.
"Tujuh puluh tahun," jawab isterinya.
"Berapa lama pula kita menanggung penderitaan ini?" Tanya Nabi Ayub.
"Tujuh tahun," jawab isterinya lagi.



"Aku malu untuk memohon kepada Allah supaya ditamatkan penderitaan ini jika dibandingkan dengan nikmat yang diberi-Nya selama ini. Marilah kita sama-sama bersabar menghadapinya," jelas Nabi Ayub. Iblis tewas dalam usahanya menghasut Nabi Ayub. Ternyata, kesabaran
merupakan senjata paling ampuh untuk menundukkan Iblis laknatullah.


Bertambah-tambah bencilah Iblis kepada Nabi Ayub.
Kesabaran seorang Nabi ini adalah satu contoh yang baik kepada kita dalam menghadapi kehidupan di dunia ini yang serba mencabar. Sesungguhnya setiap satu ujian yang diturunkan kepada kita datang daripada Allah swt untuk menguji keimanan. Dan ingatlah ayat 286, surah al-Baqarah, Allah swt itu Maha Adil. Semoga kehidupan di dunia ini menjadi pemangkin ke arah
kehidupan yang abadi diakhirat InsyaAllah.


Wednesday, June 1, 2011

Berkawan masih ada batas nya...

Bercinta pernah ke saya bercinta...ishh garut je, tapi cinta saya hanya pada Allah yg esa. Berkawan yea biar lah seribu tapi beribu ke kawan sy hahahaha..Berkawan ni best dapat pula kawan yg satu kepala lagi seronok. Lagi best bila dapat susah senang bersama eceehh dah macam org bercinta pula. Kawan tak semesti nya perempuan saja dan tak juga lelaki saja, setiap manusia tu punya perangai dan persenaliti yang berbeza. Kawan juga ada macam2 jenis. Alhamdulilah saya jumpa kawan2 yang baik tapi ada juga yang tak ok. Kalau org macam tu selalu nya saya buat tak tau je. Lari2 pada dia bukan niat sy nak memilih kawan tp kalau dah kawan tu menyesat kan kita buat apa.

Berkawan dengan lelaki memang best dapat pula yang gila2 tapi dlm gila2 nya tu still ada batas pergaulan. Budak lelaki ni selalu nya pantang di bagi peluang rezeki depan mata kata nya. Lelaki dgn perempuan ni pun ada beza nya mengenai perangai diorang setengah kawan saya tak suka kawan dengan lelaki kata nya bukan mahram dan setengah lagi kawan saya kata almost kawan dia semua lelaki be course lelaki lbh open minded kata nya. Bagi saya tak kisah balance lelaki ada penpuan pun ada. Kalau kita pandai jaga diri dan batas saya rasa tak ada masalah. Tapi itu lah pendapat masing2.

Batas!! ia memang ada batas dalam pergaulan, ada lah seorang lelaki kwn sy je, sy ni bila ingat kan dia balik sy rasa tak ada kawan mcm dia pun tak apa. Apa ke tidak nya batas perempuan lelaki langsung tak ada. Niat sy ikhlas berkawan tapi cuba amik kesempatan tapi nasib baik lah kan saya ni pandai bawa diri last sy dapat mengelak dari dia dan selepas ni saya tak nak jumpa dia together. Sepanjang sy berkawan dengan dia selama 1 tahun sy selalu ingat kan dia batas dan sy bukan perempuan yg tak ada batas tapi dia ni jenis tak faham agak nya selambe je pegang2 tangan sy dan after this start from the moment saya tidak akan keluar lagi dengan dia. Mamat yang tak reti bahasa ni. kot ia pun suka dekat sy macam tu ke cara nye sepatut nya dia kena respect saya tapi ini sebalik nya.

Betul lah kata kawan saya Nuraimi. Awak jangan berani sangat dengan lelaki ni bukan semua lelaki ni apa yg kita fikir, so lepas ini sy tidak lagi buat perangai mcm tu keluar dengan lelaki hanya berdua sahaja. Kalau keluar pun kwn2 yg saya btl2 rapat tapi tak lah percaya 100%.

Teringat pada satu adis rasullah s.a.w :-

Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita kecuali
bersama mahramnya. Janganlah salah seorang dari kalian berdua-
duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.