Tuesday, July 9, 2013

Jus Pati Buah Delima Gulsan Nar Eksisi



Kelebihan Jus Pati Buah Delima Gulsan Nar Eksisi ni adalah.

•Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

•Pati Delima Gulsan Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.



Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah :

•Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit

•Melancarkan peredaran darah

•Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)

•Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita

•Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan

•Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan

•Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout

•Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala

•Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas…InsyaAllah…

•Dikenali sebagai “Viagra Semulajadi” iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi

•Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)

•Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim

•Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam

•Awet muda

•Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis

•Menghapuskan kahak dan meredakan batuk

•Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua & dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung

•Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin.

•Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah

•Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf

•Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah, mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata.


Wednesday, July 3, 2013

Insan Bernama Kekasih


Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan
Kau lelaki idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Ingin aku jadikan
Insan bernama kekasih
Kesabaran yg tergambar
Lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai puith salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa
Kusampaikan slm ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Utkku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa
PadaMu oh Tuhan
Kumohonkan keredaan
Nur kasih yg kudamba
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yg kupinta
Kebaikan darinya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yg murni bahagia selamanya
Dgn lafaz pernikahan yg mulia
Dtglah kasihmu dlm diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akanku sambutnya dgn
Sujud penuh kesyukuran
Kuharap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yg terbina
Kerana cinta kpdNya
Kauku sayangi
Teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih 

Dedicated lyric ni untuk awesome sebagai luahan hati yang ingin kan ke redhaan... Aamin... 

Monday, June 24, 2013

Nisfu syaaban yang kurang penghayatan....

15 Syaaban 1434 bagi tahun 2013, apa itu nisfu syaaban, pertengahan untuk bulan syaaban dan tak lama lagi masuk sudah bulan ramadhan, apa itu nisfu syaaban?? ok...sy share setakat yang saya tahu...bulan syaaban ada lah bulan antara rejab dan ramadhan ia berada di tengah2...kelebihan nisfu syaaban adalah akan dibukan pintu kebaikan untuk segala amal yang dibuat.

Bulan syaaban kali ni sy sangat lah tidak rasa apa2 sebab sy tak dapat menghayati nya, terlalu banyak perkara dunia yang saya alpa jadi nya untuk tahun ni kurang penghayatan dan amal..bertapa saya rasa rugi sangat2...ya Allah ampun kan segala dosa hamba ini...

Sepanjang bulan syaaban ni saya hanya sempat puasa sekali je dan bangun untuk beritikaf lagi lah...bertapa kerdil nya rasa diri bila sy makin dekat dengan nikmat dunia tapi jauh dengan akhirat...


Mampu kah kita kekal dengan amalan kita!!! sy rasa tidak...hidayah!! Allah boleh tarik balik bila kita tersasar pada landasan tapi Allah tak pernah berpaling pada kita bila saat kita lupa Dia...itu lah kuasa Allah dan janji Allah...

Saya tak mampu...sy tak kuat...sy sgt lemah...dalam hati sentiasa memohon moga dpt beri hidayah yang sebenar2 nya untuk sy kejar akhirat..amin

Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Moga Allah memberi keampunan pada saya dan menutup segala aib dan meningkatkan segala amal dan doa sy... amin..amin..amin yarabalalamin...




Janji Allah pada hamba yang berdoa pada malam nifsu syaaban:
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.”



Sunday, June 23, 2013

Service kereta setiap 5000km

Info ini sangat berguna pada yang berkereta...

Apa yang perlu jika mailedge service sudah sampai....gila lah kalau nak fikir2 kan sebenar nya bukan lah apa sebab rasa nya baru je service dah service lagi....ok2 sebenar nya memang dah waktu pun untuk service cuma rasa duit tu je yang tak berapa nak service kan hahahaha...

Apa pun kalau nak service ini advice saya ya...

1st sekali kita kena alert dengan KM mailedge kereta kita tu supaya kita boleh bersedia dari segi duit dan baget berapa yang akan kena. Paling penting setiap kali abis je service tanya org kedai tu brapa pula harga untuk next service supaya boleh menyimpan siap2 duit tu...itu yang sy buat sebenar nya supaya tak short.

Apa yang perlu kita tukar semasa service...ok, saya amik untuk setiap 5000km.

1. yang paling penting minyak hitam or bahasa enjin, minyak enjin lah, minyak enjin ni macam2 jenis ada ikut baget dan kualiti. Bagi kereta buatan malaysia di syor kan guna kan je yang semi  Synthetic sebab minyak ni sesuai untuk 5000km dan bagus utk masa panjang. Kalau yg full  Synthetic  tu bukan tak bagus cuma maintanace nye pun akan jadi tinggi dari segi oil filtter or what soever dan untuk jangka masa panjang pun tak sesuai.

2. Filter or oil filter setiap kali service kita kena tukar benda alah ni supaya pergerakkan udara ke enjin dapat ditapis oleh habuk yang tak sepatut nye, kira nya kalau tukar je minyak hitam makna nya package lah skali tukar dengan oil filter ni supaya janka hayat enjin keta tu dapat tahan lama.

3. Plug..spark plug wajib di tukar kalau dah rasa kereta tu tersengguk ok, tapi bagi sy pula sy akan tukar setiap 10000km or 5000km bergantung pada bunyi masa nak start enjin kereta tu. Supaya tak mati2 bila2 kita tengah drive lagi2 kalau kereta manual we hav to alert.

Ok ini ada lah 3 perkara yang harus alert setiap kali service kereta, yang lain2 tu macam timing belt, clucth plat, gear oil tu semua adalah antara benda2 yang patut di tukar tapi bukan lah setiap 5000km ok.

Apa pun yang saya nak share sebenar nya kan kos maintainance tu yang buat sy rasa pening2 lalat gitu sebab time dah waktu nak service tu walau pun dah baget tapi ada masa out of baget so kita kena bersedia untuk semua tu kalau dah berkereta hihihi 



service taya bukan service enjin ya hehehe

Friday, May 31, 2013

3D2N in Family Day at Port Dikson

Alhamdulilah....

selesai sudah family day yang lepas selama 3 hari 2 malam, seronok sangat sampai tak terkata, bukan senang dapat berkumpul dalam satu rumah, kira semua ahli keluarga ada...sepanjang 3 hari tu macam2 perkara dan aktiviti yang kami lakukan sekeluarga..happening habis lah...

24 Mei 2013 (jumaat) kami berkumpul dekat rumah abah dan kami gerak pun konvoi time tu dah rasa happening nye, apa tak nya bila dah gerak sekali pastu ikut bontot keta org jadi nye bila dah terlepas yang belakang tu tersasar lah hahaha...time tu memang gelak habis lah, apa tak nya boleh sesat pula kan...

Sampai je di PD kami semua dah hav fun sangat dah apa tidak nya lebih 10 keluarga boleh kumpul dalam 1 rumah kan, yang paling best nye budak2 lah sebab siap dengan kolam mandi lagi okeyyy..dan bapak budak dan mak budak pun apa kurang nya join sekaki lah kan....



Gelagat anak2 buah dan adik2 sepupu dapat mandi kolam...

Perbincangan...cam na nak masak daging untuk malam ni...

Masa sampai kat banglo tu memang riuh rindah, seronok sangat time tu sebab masing2 borak bagai nak rak, yg kanak2, yang mak2 dan bapak2 semua nya pok pek pok pek ok...hehehe...lepas je semua solat magrib kami semua berkumpul dekat hall, semua ada time tu, kami buat bacaan doa sikit malam tu, alhamdulilah rasa tenang sangat time tu kan..moga2 keluarga kami di beri redha dan rahmat..amin...


Ni lah sebahagian part dari ahli keluarga kami yang turut meng amin kan doa...


Ini lah jadi nya daging tadi, kami masak sup..perggg mavelesss sedap bangat...

Ni menu yang nak tergelak ni, bajet macam saya je yang masak spegeti kan aleh2 semua family bawa spegeti, time tu memang nak juling2 mato tengok spegeti...tapi nasib abis kan sampai esok nye...

25 Mei 2013 (sabtu) tiba lah masa nya family kami semua melakukan aktiviti, sepanjang hari tu kami semua buat macam2 perkara, alhamdulilah sepanjang hari tu semua berjalan dengan lancar, tak lah penat pun sebab semua dapat rest dengan cukup nye, pagi tu lepas solat subuh, mak2 biasa lah ke dapur, sedia kan makanan pagi tapi kami tidak membazir, hanya rebus meehun dan panas kan spegeti semalam yang masih elok kan...

Lepas tu budak2 apa lagi pagi2 tu jam 8 dah terjun ke kolam, tak kira yang kecik mahu yang besar semua nye terjun, tapi kali ni saya kurang lah berendam sebab nya dah penuh dah kolam tu dengan budak2 hehehe...

Time for rest...ok2 ni lah dikesempatan nya yang mana tido, sambung balik, yang mana nak menyanyi tu, duk menyumbang sore yg agak sumbang hehehehe...dan saya pun rasa puas sangat sebab dapat rehat dengan sepenuh nye...

Bila dah jam 11 pg mak2 semua kedapur duk sedia kan menu untuk tengah hari, fuyoooo memang menjilat jari lah menu tengah hari tu.



Ni tunjuk site je, muka2 buat keja hehehe


Ni anjang sy, dia lah duk dapur je hehehe


Muka2 teruja makan ya hehehe


Ni baki menu tengah hari tu before tu udah kebulur lupe nak snap hehehe..menu nya kobis msak lomak, ikan masin dan ulam2 di cicah dengan budu dan sambal belacan...jap2 meleleh dah air liur teman ni hehehe

Lepas makan, kami semua berehat sambil borak2, tidoq, melayan anak2, berkeraoke dan yg penting solat ye teman2...masa tu bila saya tengok ahli dalam keluarga sy, sy rasa tenang dan bersyukur sangat, sebab kami dapat berkumpul kan...

Petang tu jam 3.30 ptg kami semua dah siap2 nak ke pantai pula buat acara sukan neka...part ni yang paling best ni....memang happening dengan gelagak setiap sorang, yg best nye tengok kanak2 lah, malu2 lah dan yang paling best nye macam2 sukan kami buat...isi air dalam botol lah, bawa bola dalam sudu lah, pecah kan belun lah, bola pantai lah dan yang paling best cari duit dalam tepung memang gelak habis tgk muka budak2 tu...dan yang paling kemuncak nya kan kami semua yang muda mudi dapat naik banana boat okeyyyy...memang the bestttttttttt lahhh....

Ni salah satu acara utk kanak2....


nampak tu sy exsited tengah memerah hehehehe


Muka2 excited nak menang lah tu...


Tu dia gaya2 memerah yaa...

Antara muka2 seronok dapat naik banana yaaa...


iNi lah semua keluarga yg join game kat pantai...alhamdulilah...

Pas abis je acara dekat pantai ni kami semua pun balik lah banglo kan...sebab nya air pun dah pasang tinggi...risau juga tengok.. sampai je kat banglo terjun kolam pula hehehehe...memang lupa diri sat lah hehehe

Malam tu seperti biasa lepas je solat magrib dan isyak kami semua berkumpul kat luar banglo, time tu acara macam2 lah, lagi sekali kami semua gelak besar malam tu tau....majlis penyampaian hadiah, wakil satu keluarga 1 nyanyian dan pingan beracun hehehehe...memang nak pecah perut malam tu kami semua di buat nya....

dan yang paling best nye malam tu kami buat BBQ ok....wauuu best nye, memang pun...makan sampai tak ingat dunia...tapi tak lah abis pun still ada berbaki lagi hehehe...ok semua nya berjalan dengan lancar....Acara malam tu memang best sangat2 alhamdulilah...syukur sangat...dan yang paling tak sangka2 kami setiap keluarga kena sumbang 1 lagu wakil untuk keluarga dan saya pun turut sekali menyumbang sore yang dah sumbang hehehe...


Ini lah pembekal hadiah untuk kami ya...

Dalam BBQ tu ada terselit sate pula, sebab ingat tak cukup sebab mcm skit je BBQ tu tp yg kelakar nya baru je buka plastic sate tu dah siap abis licin sate tu hehehe..


ini lah diantara muka2 yang menyanyi pada malam itu ya...

Kami semua berkumpul kat luar rumah untuk melihat penyampaian hadiah, nyanyi dan main game.

Malam tu kami semua berkumpul sambil gelak ketawa yang sangat pecah perut tau hehehe...apa tidak nye macam2 gelagat dan macam2 kerenah, malam tu kami semua habis agak lewat juga lah....jam 12 malam, acara last sekali kami mengadakan acara tukar2 hadiah..part yg best nye...macam2 hadiah kami bertukar2...dan malam tu juga ada keluarga yang menang besar bila dapat membolot banyak hadiah hehehehe....


Hasil dari tukar2 hadiah...besttt gila...

Ini team perempuan untuk pinggan beracun...lawak giloo...

Ini pula team lelaki...lagi lah kejung giloo hahaha

Begitu lah sepanjang malam kami semua berkumpul dan gelak ketawa hingga kebas perut, memang the best lah the all family yang join ni...saya rasa bangga sangat punya keluarga yang sebesar ini...

Bila esok nye pula ada lah hari terakhir kami...ni nak cita ni, yang tak berapa nak best lah kan, bajet mula kami semua akan check out jam 12, tetiba subuh2 sepie tu time kami semua nak bangun subuh lah kan, nak solat dan yang nak terkucil...ok2 apa yang berlaku....ayooo tak adaaaaa!!!!  perggg time tu satu rumah uru haran, bilik dah macam2 bau dah tu apa tak nye dah bau semerbak harum kasturi, sebab nya faham2 lah kan kalau dah tak ber  ayo mana nak dijirus nye hehehehe....

Tapi nasib ada penyelamat juga kan...tu..tu...ayo kolam tu...kami semua mengunakan ayo kolam untuk kegunaan...ayakkk!! guna je lah kan...tapi jam 7.30 pg kami semua dah siap2 nak check out sebab air tak ada...dah semalam masa mandi laut pun tak berbilas sangat, so kami semua dah jadi macam lipas kepanasan...boleh ke ayat tu !! hehehe... so kami semua check out tepat jam 9 pagi....

Maka berakhir lah family day untuk kali ini yang sangat happening dan gumbiroooo hehehe...alhamdulilah...syukur sangat...segala yang dirancang berjalan dengan lancar tanpa ada cacat cela nye....alhamdulilah Terima Kasih Ya Allah...



Ini lah keluarga besar saya...cop2 ada 1 family yg tak dah grk dulu sebab tak tahan nak mandi kata nye hahaha



Ini lah saat2 nak gerak balik sempat lg bg good hehehe


Kalau nak tengok gambo selebih nya cari lah kat facebook saya....