Wednesday, March 21, 2012

10 surah mustajab.....

1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”


9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.


Wasalam...

Tuesday, March 20, 2012

hari kelahiran ku...^_^ alhamdulilah....

selamat hari lahir yus ayuza mohd yusof.....ewahh...1st time menulis entry pasal kelahiran saya ni...ok2 moga panjang umur dan dimurahkan rezeki ye...serta sihat selalu...sentiasa tabah,cekal dan sabar dalam menghadapi hidup didunia yang fana ini...(ayat untuk diri sendiri hehehe)

Alhamdulilah genap sudah umur ku 27 tahun, tiada kata-kata yang dapat digambarkan dengan rasa kesyukuran pada Allah diatas umur ku yang masih panjang serta rezeki yang melimpah ruah ini...

Seperti tahun2 lepas tak ada yang special pun mengenai besday saya cuma ucapan "Selamat Hari Lahir" sahaja dari kawan-kawan, adik beradik, sedara mara serta mak abah tapi itu pun dah cukup untuk ku, sebab saya ni tidak suka nk ingat hari lahir...hari lahir sendiri pun kadang boleh lupa..ni kan pula hari lahir orang lain hehehe...

Tapi besday tahun ni saya terharu sangat pada kawan saya Kama Syakira yang telah memberi hadiah pada saya sedang kan besday dia yang lepas saya just wish je...

Apa pun dengan ikhlas kata hati ku " Ya Allah hamba bersyukur diatas rahmat mu..rezeki mu...redha mu dan segala2 yang Engkau beri pada ku" alhamdulilah....

Thursday, March 15, 2012

Beban di hati....

Terasa macam ada sekutul batu yang sedang menghempap, rasa macam sesak sangat nafas, rasa macam nak meletup. Tetiba hati menjadi syadu dan dengan senang air mata akan berlinang terasa beban didada terasa perit sangat tak mampu nak luahkan. Sakit sangat perasaan tu, perit sangat rasa nya.

Terkadang terasa tidak mampu menanggungnya lagi. Tapi pernah tak terfikir kenapa kita yang dipilih untuk mengetahuinya. Bukan orang lain. Bukankan ini menunjukkan kita mampu memikul nya sebab setiap ujian yang Allah beri tidak akan diluar batas seorang hamba.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Setiap perkara yang Allah beri pasti akan ada hikmah nya, walau terasa berat menanggung beban ini. Bermakna kita mampu menanggungnya. Hikmah yang Allah sembunyikan pasti akan terbias sebab itu lah janji Allah pada mereka yang bertakwa. Allah itu maha Kaya dan sangat maha adil.

Friday, March 9, 2012

kenangan hampir musnah

Sedih sangat bila balik2 mak cakap "gambar ayong habis basah" huhuhu bila sy tengok hampir kesemua pic sudah basah kerana terkena banjir huhuhu..kenangan hanya tinggal dalam ingatan, sayang sangat bila tengok pic saya masa zaman2 sekolah dulu hampir lunyai disebab kan kesan banjir hari tu huhu

Biar lah kenangan zaman tu saya simpan dalam ingatan saya, apa yg sempat diselamat kan hanya lah album sahaja. gambar2 kenangan dengan mengunakan filem macam dulu2 tidak ada lagi.

Bila saya tengok balik pic2 saya ni sangat mengamit memori dan tiba2 rindu dihati datang bertadang dan seketika air mata saya mengalir huhuhu....sabar lah hati...



pic saya masa baby dan masa saya form 1

ni pic saya masa form 3, zaman2 budak baik cam tu lah hehehe


kenangan saya menyertai tadarus, nasyik, seminar dan lawatan

teringat tiba2 ada kezutan untuk besday saya masa form 4 huhuhu kalau tak salah lah..


time ada lah kem kempipinan masa ni best sangat2...

ini lah kenangan bersama 1 kelas


tiba-tiba saya rindu kan kawan baik sy halimatun..dulu dia lah sahabat baik saya

kenangan ku...



bila ingat pic ni teringat kat kampung saya...


bila bersama kawan-kawan sekepala...

huhuhu rindu nya zaman sekolah...

zaman aktif masa main hoki peringkat daerah...still rindu..

ada kah zaman ini akan lupus dalam ingatan saya...ohh tidakkk


terasa diri ni baik sangattt hehehe


kenangan yg hanya tinggal kenangan...


saya dan family saya....

masa ni baru lepas mengaji hehehe

kalau dah suka bergambo pas solat pun sempat lg berposing hehehe

semenjak usia makin meningkat ni, bila lah lagi sy nk pakai mcm ni huhuhu

rinduuu sangattttt....

Wednesday, March 7, 2012

dosa orang yang meninggal kan solat besar tau...

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.

Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.

Monday, March 5, 2012

Saya..... T_T

Tetiba hati senyap tapi bukan bermakna tak ada kata-kata...terasa ingin diam untuk seketika..kenapa?? hati terasa sedih dan sayu sebab tu lah ingin diam sebab diam kadang boleh mendamaikan...

saya percaya setiap orang pernah diuji.Bila Allah bagi sedikit kesedihan dalam hati..Ya Allah tak tertanggung kesedihan ini, tiba2 tanpa sedar air mata mengalir..Allahuakbar Engkau maha mengetahui segala nya tentang hidup hamba...Semakin kuat kita mengingatiNya, semakin banyak cubaan ya Allah berikan...

Betapa Allah nak tunjukkan betapa sayangnya Allah pada kita...tak akan membiarkan kita hanyut tanpa mengingatiNya...

Setiap malam hanya pada Mu penawar kesedihan hatiku, sejadah sebagai tempat hamba meluahka segala kesedihan ku...terasa sangat andai Allah amik nyawaku disaat aku tak mengingatiNya, cam mana?? nauzubilalhuminzalik..

Betapa hati saya tenang ketika membaca ayat-ayat dalam Al-Quran hebat sungguh ayat Mu Ya Allah..tak dapat bayangkan tanpa kitab Mu ini seperti ting kosong...