Friday, June 22, 2012

~ Hari lahir emak ~

Tak terlambat sebenarnya nak buat entry pasal mak saya, ok..sebenar nya 2 hari lepas merupakan hari kelahiran mak saya yang ke 58. Saya belum sempat lagi nak kiss pipi mak sy sempena kelahiran nye sebab tarikh nye jatuh pada hari berkerja. Saya tidak serumah dengan family cuma hujung minggu baru lah saya akan pulang kerumah family di klang. Bila ingat hari lahir mak ni sy tak pernah lupa sebab itu lah tarikh azimat yang kena ingat sampai bila2.

Walau pun tak sempat nak sambut hari lahir mak ni tapi doa saya pada mak tiap2 hari sy akan mohon pada Allah. Tak terbalas jasa mak pada sy tak cukup rasa nya dengan berdoa untuk mak tapi saya tahu itu lah perkara yang mudah untuk sy buat dengan mendoa kan.

Banyak perkara yang saya tak boleh lupa dengan jasa mak terhadap saya, dari sy sekecil tapak tangan sampai sebesar ini terlalu banyak sangat, tak dapat bayang kan hidup saya tanpa mak disisi saya, walau pun kami selalu tak sependapat tapi saya tahu mak sangat sayang kan saya.

Saya masih ingat lagi masa sy kena tahan wad masa tu mak menangis teresak2 sampai hati saya terlalu sedih sangat sebab buat mak menangis dengan keadaan sy, dan bila mak dapat tahu saya demam or saya jatuh sakit mak memangis kerana kesian kan saya dan mak sangat caring terhadap saya masa tu saya terfikir kalau nyawa saya di cabut dulu saya dah tahu macam mana keadaan mak masa tu.


Doa saya untuk mak...

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika
aku kecil bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"
kepada mereka. Terlalu banyak perkara yang aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku berjaya kini,keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka.
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.
Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.

Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.........









Sunday, June 17, 2012

Kisah Langit Dan Bumi

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah s.w.t. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah s.w.t. seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku." Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah s.w.t. dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah s.w.t. mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail a.s.bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu." Kemudian Jibrail a.s. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail a.s.terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail a.s. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan." Berkata Jibrail a.s., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail a.s.memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu'alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Thursday, June 14, 2012

Hold my hand...

Saya suka lagu ni...sebab saya sangat memerlukan tangan untuk support saya...so mari lah dan hayati sama2..^_^


Bila saya memendam sesuatu....

semalaman terfikir dan akhir nya mata tak tido sebab terlalu banyak berfikir...apa yang sy fikir kan sekarang ada lah masa depan saya, hidup memang susah untuk kita duga, setiap perjalanan hidup kita ini, kita yang akan mencorak kan nya. Tak akan ada manusia yang tahu akan perjalanan hidup nya. Tapi manusia merangcang Allah yang menentu kan.

Cepat sangat masa berlalu, sedar tak sedar bulan rejab pun dah masuk pertengahan. Kemudian Syaban dan seterus nya Ramadhan, susah untuk saya bagi tahu apa yang terbuku dalam hati ini sebab apa yang saya luah kan sememang nya belum tentu menemukan penghujung nye.

Semakin hari sebenar nya saya masih memikirkan benda ini (tak payah lah saya sebut benda apa) tapi alhamdulilah saya masih berdiri disitu dengan keadaan yang tenang dan sabar walaupun saya sendiri tak tahu sampai bila. Sebab seperti ayat saya tadi tak akan ada manusia yang tahu masa depan dia. Kecuali dengan usaha dan tawakal.

Macam ustaz cakap sabar lah dengan ujian Allah sebab sabar itu cantik dan ustaz cakap jangan mengharap kan Syurga kalau belum sampai diuji dan saya selalu dengar dan pegang kata2 ustaz itu.

Selagi saya bernyawa dimuka bumi ini saya akan kuat dan sabar menghadapi segala nya biar lah apa pun penghujung nya nanti baik atau tidak saya akan tenang menghadapi nye. Suatu hari bila saya bersedia saya akan share apa benda yang buat saya sangat serabut dalam kepala saya ini.

Saya perlu kan sokongan dan semangat dengan itu semangat saya ada lah mak dan abah saya, adik beradik saya, kawa-kawan saya, sedara seislam saya...dan diaaaa (^_^) Saya akan sentiasa berdoa agar semua nya akan berakhir...amin

Tuesday, June 12, 2012

~Hari ini~

Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan

Saturday, June 9, 2012

bila keja semakin tension...

uwahhhh...rasa macam nak terjun sungai dah ni...ok saya nak bercerita pasal keja yang semakin pressure huhuhu...memang agak pening gila bila memikir kan keja yang tak tau bila nak habis...rasa nya tak akan habis...

serious nak rest sangat...bila nak cerita pasal programming ni memang gilo kan...orang yang boleh bersabar dan cerdik pandai je boleh tahan dengan programmer ni. Saya cerdik ke?? ofcos lahh hahaha..(puji diri sendiri)

Dulu cita-cita saya teringin nak jadi progremmer dan bila Allah makbul kan doa saya, sangat bersyukur tapi bila dah tahu ber taff nye kerjaya programmer baru lah saya tahu bertapa pening nye.

Apa pun saya sangat bersyukur atas segala-gala nye, bukan senang untuk jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah...ia nya bermula dari hati kita.

Bila saya berada di tahab ini saya sangat bersyukur yang tak terhingga.

Muka saya bila tension...

pening ni...

sedang focus utk kuar kan output....

muka yg mula tension...

table sapa lah bersepah niii...


akhir nye tido lalalala

Sunday, June 3, 2012

saya tahu kenapa saya single lagi?? ^_^

Ciri2 wanita yang tidak tertawan dengan pujukan lelaki miang....



✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .


✔ Dia tersenyum saat tertekan .


✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .


✔ Dia tabah saat dihina .


✔ Dia mempersona kerana memaafkan .


✔ Dia mengasihi tanpa balasan .


✔ Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .