Friday, June 22, 2012

~ Hari lahir emak ~

Tak terlambat sebenarnya nak buat entry pasal mak saya, ok..sebenar nya 2 hari lepas merupakan hari kelahiran mak saya yang ke 58. Saya belum sempat lagi nak kiss pipi mak sy sempena kelahiran nye sebab tarikh nye jatuh pada hari berkerja. Saya tidak serumah dengan family cuma hujung minggu baru lah saya akan pulang kerumah family di klang. Bila ingat hari lahir mak ni sy tak pernah lupa sebab itu lah tarikh azimat yang kena ingat sampai bila2.

Walau pun tak sempat nak sambut hari lahir mak ni tapi doa saya pada mak tiap2 hari sy akan mohon pada Allah. Tak terbalas jasa mak pada sy tak cukup rasa nya dengan berdoa untuk mak tapi saya tahu itu lah perkara yang mudah untuk sy buat dengan mendoa kan.

Banyak perkara yang saya tak boleh lupa dengan jasa mak terhadap saya, dari sy sekecil tapak tangan sampai sebesar ini terlalu banyak sangat, tak dapat bayang kan hidup saya tanpa mak disisi saya, walau pun kami selalu tak sependapat tapi saya tahu mak sangat sayang kan saya.

Saya masih ingat lagi masa sy kena tahan wad masa tu mak menangis teresak2 sampai hati saya terlalu sedih sangat sebab buat mak menangis dengan keadaan sy, dan bila mak dapat tahu saya demam or saya jatuh sakit mak memangis kerana kesian kan saya dan mak sangat caring terhadap saya masa tu saya terfikir kalau nyawa saya di cabut dulu saya dah tahu macam mana keadaan mak masa tu.


Doa saya untuk mak...

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika
aku kecil bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"
kepada mereka. Terlalu banyak perkara yang aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku berjaya kini,keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka.
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.
Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.

Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.........









No comments:

Post a Comment