Wednesday, March 30, 2011

Masakkaannn dari sayaaa...

Ish lama nye tak ke dapur, tetiba teringin nak masak sesuatu bukan malas cuma kalau masak tak ada sapa yang nak makan…harap kan abah dengan mak je tu pun kadang diorang tak ada dekat rumah so aku lah makan huhuhu…gian beno nak pegang senduk so menu minggu ni simple je, ada pula lebihan kaki ayam dan daging cincang dari kenduri rumah adik last week, ada ke nak dibuang sedap tu kalau dah masak..kat pasar tu siap boleh jual balik kaki ayam tu..daging siap boleh buat mcm2 tau…so dgn idea yg senang aku pun masak lah..jenj jenj jenjjjj…

Menu pertama : Sup Kaki Ayam

bahan-bahan :-

Kaki ayam dan leher ayam, Batang saderi, Bawang merah, Bawang putih, Halia, Kiup sup, Cili pada, Rempah ratus, air, garam.


bawang merah, bawang putih, halia ni bahan utama lah cili tu depands nak letak ke tak..

Tumis kan je bagi naik wangi...errmmm mangii nyeeee ^__^

dah mendidih dah tak lama pun nak tunggu 5 minit je


Ini lah hasil nye...sedappp oooo...(puji diri sendiri) makan pun sendiri...hihihi


Menu ke 2 : Pergedil daging ala-ala...

Bahan2 nya ;

kentang, daun sup, daun bawang, cili merah, bawang besar,telur, daging cincang, lada hitam, lada sulah dan garam.

Ini lah rupa bahan-bahan nya.

Campur kan sekali dan gaul sampai rata jangan tanbah air or tepung yea...

Jadi kan doh bulat-bulat..pastu pukul telur putih sampai kembang....

celup kan doh tadi dalam telur....

Goreng kan lahh....(alamak buruk nye kuali) hahaha

Dah siap..ini lah hasil nye sodappppp...yammii yamiii

Ini lah hasil yang berjaya saya lakukan semasa cuti minggu lepas. Simple jea...tapi yang best nya dapat pujian dari abah dengan mak sonok tau hihihi..abah cakap "buat lah lagi, sedap lah macam ni" (kembang2 dh ni) mak cakap "nasib sedap kalau tak abis bahan2 tu" sonokkk nyeeee

Tuesday, March 29, 2011

Allah bersama kita!!!



best nya dengar kata-kata Dr. Uztaz Mohd Azri Zainul Abidin ni tenang sungguh mendengar nya dengan alunan muzik background nya...dah berpuluh kali aku duk mengulang ceramah ni, honestly aku ni tak lah suka sangat dengar ceramah-ceramah ni tapi bila dengar ayat-ayat yang terucap dan alunan suara yang lembut itu buat aku tertarik sangat.

Dalam apa pun keadaan kita ingat lah Allah bersama kita, dia tak akan menguji kita luar batas seorang hamba, "Tiada siapa yang boleh menghalang ketatapan Nya" percaya lah Allah menguji kita sebab dia sayang pada kita.

Betul kata ustaz bila "Jika Allah hendak memberikan kebahagian kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun, Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekali pun" jadi apa sekali pun kita kena bersyukur kata kan syukur walau kita dalam keadaan apa sekali pun..



Wednesday, March 23, 2011

1 dAy Di Centre of Service Excellence (CoSE) Proton

Mana aku nak start ni..ok2 aku nak mula kan dari aku service kereta di proton. Sepanjang setahun aku berkerata ini kali pertama aku membuat aduan mengenai kerata yang aku pakai, sebelum ini aku hanya service sahaja tapi kali ini aku buat aduan mengenai bunyi pada enjin kereta aku, actually aku pun tak tau itu bunyi apa.. bercakap pasal kereta memang aku failed lah, so aku pun bawa kerata aku sampai lah ke Centre of Service Excellence (CoSE) Proton di Subang Jaya / Lebuhraya Shah Alam pada isnin lepas.

Ada dua tempat sahaja yang boleh buat iaitu di Glenmarie, Subang dan satu lagi tempat yang aku sebut tadi, seawal pagi jam 8.30 aku keluar rumah untuk pergi service tapi bukan aku terus pergi ada tempat lain yang terpaksa singgah dulu aku kena menghantar cousin aku ke klinik ibu dan anak, sebenar nya bengan gak tak pasal2 kena hantar bukan tak ikhlas Cuma aku terfikir suami dia mana?? Lantak lah malas aku nak fikir rumah tangga orang.

Tunggu punya tunggu jam 10.30 baru aku bertolak pergi ke pusat service itu dan yang pasti aku terlambat apa tidak nya boleh pula sesat pada hal ikut kan itu lah jalan aku setiap kali balik klang, tolak sesat tolak jem tolak tol, tepat jam 11.30 aku sampai, sesampai je aku dekat sana aku dah tak tau nak jumpa sapa dan tanya sapa coz masa tu aku tak Nampak sesiapa pun pelik kan..tapi itu lah keadaan nye..ooo patut lah aku tak nampak rupa nye aku pergi salah bahagian dan tetiba ada seorang mamat ni melintas depan aku dan dengan selamba aku menegur nya, aku tengok dia macam perkerja proton pepe hal dulu aku kena tengok uniform dia if ada lambang proton tu kira betul lah, tak kisah lah dia bahagian apa pun dan teguran aku tepat pada orang nya rupa nya dia ada lah customer service, Alhamdulilah…agak hensem juga orang nya dan smart pula tu tapi aku tak heran pun just cuci mata je.

Berbalik pada masalah kereta aku tadi, aku pun explain lah dekat mamat yang bernama syawal itu, agak baik dan sangat friendly dah kerja dia kan, aku pun terang kan pada dia masalah kerata aku itu, dia tak faham aku lagi lah, lastly dia decide suruh aku register dahulu untuk tunggu turn sampai turn aku nanti baru lah dia boleh check dengan detail dan bagi tahu masalah pada kereta aku itu, tunggu punye tunggu dari jam 12 sampai lah 2.30 baru lah turn aku sampai…pergggg bayang kan lah punya lah lama itu belum check just baru sampai turn setiba nya turn aku dia pun test drive than aku duduk sebelah bila dia bawa baru lah dia boleh tahu apa masalah tapi belum tahu benda apa yang problem “awk dgr tak bunyi tu sy tak tau dr mana dtg nye meyb engine atu something like that” dia ckp “jap2 bg sy dgr tak brapa clear” bila matikan air corn “dgr dah agak kuat juga bunyi nye dh macam bunyi katak lps hujan” ewah2 ayat tak cover tapi memang betul pun.
“ok awk duduk dlm dulu nnt dah siap sy pgl pastu kita test balik yea” itu lah last ayat bila dia bawa kereta aku untuk inspection, bosannnnn lebih 3 jam aku menunggu masih lagi tak siap dan masuk 5 jam kemudian baru lah siap habis setiap sudut aku tawaf dalam bilik menunggu itu ada cafeteria pun just air sahaja pada hal dari pagi sampai jam 5 aku tak makan, lapar gila tapi tahan je lah, tepat jam 5.15 syawal tu pun panggil lah aku untuk test, bila test aku rasa dah ok dan tak dengar apa2 so aku bejet kira ok lah, dia pun terang kan dekat aku yang masalah tu berpunca dari absorber dia bagi tahu dekat ruang absorber tu ada longgar so bila slow dia akan berlanggar pada dinding yang mengelilingi absorber itu, aku pun tak dapat bayang kan coz bukan nya aku tahu. Tapi bila dia terang kan dan tunjuk dekat aku bahagian mana yang problem baru lah aku faham, banyak benda yang aku kena tahu pasal kerata ni.

Jam 5.30 selesai akhir nya dan aku menunggu syawal untuk closing invoice, tetiba terdetik dalam hati aku “kena bayar ke siap nak keluarkan invoice dan statement mampus aku” rupa nye tidak just nak closing pergg nasib baik lah, coz kereta aku ni still dalam warranty 5 tahun so aku kena perguna kan kalau tak rugi lah nak ganti spare part kereta bukan nya murah ada tu sampai beribu so peluang yang ada ni aku gunakan.
Cuma satu yang aku terfikir tak akan lah punya banyak service centre proton dekat lembah klang ni yang tak boleh buat lagi2 dekat area klang ni berlambak setiap area klang ada pusat service tak jauh dari pusat service yang lain dah ada lagi pusat service tapi hampeh, pada hal ikut kan almost orang Malaysia ni yang pakai kereta buatan Malaysia so setakat nak check than tukar spare part tak akan lah itu pun tak boleh, alasan tak ada barang, tak ada pakar, tak ada peralatan...perlu ke bagi jawapan macam tu??
Tapi nasib baik lah service dia bagus dan kerja nya bagus lepas beberapa hari aku service buat masa ni tak ada lagi problem so hopefully lepas tiada masalah lagi.



Tuesday, March 15, 2011

Alhamdulilah..Syukur ...

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah itu lah kata-kata yang selalu aku pegang untuk penguat jiwa. Aku tak mampu melawan takdir atau mengubah takdir kerana aku ada lah hamba Allah sekedil-kedil manusia dan mahluk pada muka bumi ini. Apa yang aku fikir??? Macam-macam yang aku fikir hidup mati, dunia akhirat, dosa pahala benda yang berkait rapat dengan aku setiap hari. Aku tidak kuat tapi aku cuba untuk kuat menghadapi dengan tenang, sabar dan berSYUKUR…perkataan SYUKUR itu lah yang selalu aku ungkap bila aku dalam keadaan apa sekali pun senang atau susah bila aku dibawah atau diatas itu lah perkataan yang aku selalu aku lafaz kan “syukur alhamdulilah” aku tak pernah menyesal atau menyalah kan takdir bagi aku itu semua ada lah hikmah dari Allah s.w.t. Ayat yang selalu aku remind dan aku set dalam hati dan fikiran aku ialah “Allah tidak akan menguji umat nye diluar batas seorang manusia”.


“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya”. (al-Ra’du: 11)

Wednesday, March 9, 2011

Doa Dimurahkan Rezeki, Penenang Minda dan Hati serta Ketenteraman Jiwa


Doa ini saya selalu amal kan setiap masa. Bila saya rasa susah hati atau tidak tenteram ini lah doa nya. Amal-amalkan InshaAllah...

Monday, March 7, 2011

Sabarlah Wahai Hati



Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.

Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong. Tanpa wang, tanpa harta.Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

Allah swt berfirman;

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]



Wanita Yang Menolak Perkahwinan





Wanita yang menolak perkahwinan…ada juga golongan ini, hari ini aku terbaca satu artikal mengenai wanita yang menolak perkahwinan dengan alasan yang paling tidak munasabah..Ya Allah apa isi hati dia sebenar nya sehingga sanggup menolak perkahwinan yang semamang nye wajib bagi setiap insan sama ada wanita atau pun lelaki. Tapi kali aku nak berkongsi cerita mengenai wanita yang menolak perkahwinan.

Alasan yang aku tak boleh terima ada lah sebab kerjaya dan takut salah memilih pasangan alasan yang tidak logik. Adakah semua lelaki jahat atau tidak bertanggungjawab pada aku tidak. Banyak lelaki sebenar nya baik dan ada yang jauh lebih baik dari perempuan Cuma pendapat wanita atau alasan wanita itu sendiri yang tidak boleh diterima. Sebab itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin DISEBABKAN TERLALU MEMILIH CALON yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu SIBUK DENGAN TUGAS-TUGAS dan kerjaya masing-masing.

Rugi nye wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.

Sikap wanita yang seperti ini bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah(berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah saw:
"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.

Hadis Rasulullah SAW :-

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, “Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku”.
Hadis ini mengingat kan kita bahawa bertapa penting nye perkahwinan untuk umat muslimat.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.”
Hadis Rasulullah SAW :-

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.”