Tuesday, July 23, 2013

Ohh batery....

Assalammualaikum...

Ok saya nak share sikit pasal "Batery kereta" baru2 ni batery kereta saya habis...lama juga sy tunggu batery ni nak habis. 1st sy dapat tahu batery kereta dah low tahun lepas dia kata any time any where..tapi still tak nak tukar juga tu coz sayang rasa nya coz masih boleh tahan kan hehehe...so bayang kan lah lama tak lama nya batery sy bertahan klu tahun lepas lagi dia kata dah hujung2 so kira2 dkt setengah tahun juga lah kan...time tu gelabah juga takut2 kena time kat high way or sorang2 tp alhamdulilah kena hari jumaat yang lepas time nak gi keja...so compom lah lewat smpi opis kan...

Apa lg minta tlg kawan tolong jumper kan. Tapi sebelum tu gi survey dulu beberapa kedai tanya harga batery kereta...seelok2 nye servuy lah dulu sebab stiap kedai kadang hrga nye berbeza wlu pun sehinggit kan...

Akhir nya sy jumpa juga harga yang berpatutan sy amik jenama Century NS 60 itu adalah jenis batery untuk kereta BLM ok...harga nya tak mahal sgt 190 sebab nya walt nye tak tinggi seperti kereta pesona or gen2 or waja...so ok lah setakat BLM 1.3 kan.

Sebelum sy decide nak pakai batery apa! sy servuy dulu dengan 2 3 org kebetulan jg ada kwn keja bengkel kereta so sy bertanya lah...rmi yg suggest suruh gunu Century and Bosh tapi Bosh ni susah sikit nak cari tak banyak kedai yang ada..dan harga nya pun mahal sikit last sy decide lah pakai Century.

satu nasihat sy especialy utk gils ya please lah tukar betery tu kalau dah tiba waktu nya klu check tu kata tuan bankel batery kereta awk dah tak lama...coz klu nasib tu baik kena tempat yg selamat ok tp klu kena tempat yg tak ok..nayaa...

Apa pun kan yang sy nak bg tahu batery sy ni boleh tahan lama...semua org tak expect pun yg batery kereta sy ni boleh tahan selama 3 tahun 5 bulan...lama takkk...


Wednesday, July 10, 2013

Cinta Rindu Ramadhan....



Syukur alhamdulilah, lagi sekali diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan kali ini. Hari ke 2 berpuasa alhamdulilah segala nya berjalan lancar hati tenang tak terkata, redha dengan perkara yang lepas tetap berusaha untuk menjadi yang lebih baik, lagi2 di bulan yang mulia ni...serius rindu sangat dengan Ramadhan setiap kali nak masuk bulan ramadhan mesti ada satu perasaan yang pelik macam bercinta pula kan, mungkin ini lah dinama kan "Rindu Cinta Ramadhan".



Tahun terakhir!!! ye ke?? inshaAllah kalau ini yang tertulis, teruja tu tak lah sebab nya rasa sayang sangat nak tinggal kan amalan solo yang biasa sy buat. Mungkin orang kata hidup akan lebih bermakna dan lengkap bila kita mampu buat amal bersama, sy harap inshaAllah.


Satu benda yang sy rindu lepas ni mungkin tak dapat nak bertarawih dengan kawan2...bersahur dengan kawan2...berbuka dengan kawan2...bertadarus dengan kawan2 dan semua nya dengan kawan2 dan yang paling saya akan rindu bila saya sendiri di bulan ramadhan....mungkin saya tak faham lagi rasa nya macam mana bila puasa berkeluarga....^_^


Mungkin tahun depan sy kena bahagi kan masa untuk berbuka dengan keluarga sendiri dan keluarga baru hehehe...apa pun doa saya moga amalan saya lebih berkat dan bertambah...itu yg saya nak sangat dan mampu menjadi yang lebih baik...aminnn..


Banyak sangat kenangan masa bulan ramadhan masa zaman single and available, time tu life tak fikir pun bila lah akan berbuka dalam berkeluarga, masa tu rasa happy ending on ramadhan lah sebab ketenangan tu susah nak digambarkan.


Tiap2 tahun juga berdoa supaya kesilapan yang pernah sy buat tidak diulanggi tapi manusia kan sentiasa gagal dalam pertahan kan iman...sekecil2 kesalahan hingga yang besar kadang itu lah yang buat kan rasa diri ini terlalu lemah dan kerdil sangat...Ya Allah berikan lah keimanan yang utuh untuk hamba menjalani hidup ini.


Doa saya untuk bulan ramadhan....


Ya Allah berikanlah hamba iman yang teguh.
Ya Allah berikanlah ke ampunan kepada hamba ini.
Ya Allah berikanlah hidayah yang sebenar benar nya pada hamba ini.
Ya Allah berikanlah hamba kekuatan serta ketabahan.
Ya Allah berikanlah hidayah keteguhan iman dalam hati ibu bapa ku serta selamat kan mereka.
Ya Allah ampunkan lah dosa ke dua ibubapa hamba ini.
Ya Allah beri lah hidayah pada keluarga hamba serta selamat kan lah mereka.

Doa Ketika Jatuh Cinta

Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau

Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada Mu tetap utuh

Allahu Rabbi, izinkan lah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untuk ku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta Mu
Dan membuatku semakin mengagumiMu


Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami

Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Jangan pernah Kau palingkan wajah Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Ya Allah kabulkan Doaku Amiiinnn....

Tuesday, July 9, 2013

Jus Pati Buah Delima Gulsan Nar Eksisi



Kelebihan Jus Pati Buah Delima Gulsan Nar Eksisi ni adalah.

•Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

•Pati Delima Gulsan Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.



Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah :

•Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit

•Melancarkan peredaran darah

•Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)

•Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita

•Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan

•Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan

•Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout

•Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala

•Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas…InsyaAllah…

•Dikenali sebagai “Viagra Semulajadi” iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi

•Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)

•Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim

•Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam

•Awet muda

•Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis

•Menghapuskan kahak dan meredakan batuk

•Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua & dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung

•Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin.

•Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah

•Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf

•Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah, mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata.


Wednesday, July 3, 2013

Insan Bernama Kekasih


Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan
Kau lelaki idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Ingin aku jadikan
Insan bernama kekasih
Kesabaran yg tergambar
Lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai puith salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa
Kusampaikan slm ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Utkku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa
PadaMu oh Tuhan
Kumohonkan keredaan
Nur kasih yg kudamba
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yg kupinta
Kebaikan darinya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yg murni bahagia selamanya
Dgn lafaz pernikahan yg mulia
Dtglah kasihmu dlm diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akanku sambutnya dgn
Sujud penuh kesyukuran
Kuharap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yg terbina
Kerana cinta kpdNya
Kauku sayangi
Teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih 

Dedicated lyric ni untuk awesome sebagai luahan hati yang ingin kan ke redhaan... Aamin...