Tuesday, December 27, 2011

Usah Lemah...Kau Perlu kuat... ^_^

Lumrah bagi insan bernama manusia. Sekuat dan segagah mana pun dia, satu ketika pasti akan diuji. Ujian yang datang menguji diri. Menguji sejauh mana kekuatan. Menguji keimanan kepada Tuhan...

Tatkala ujian mendatang, terkadang diri merasa lemah,lemas,lelah,sempit,tertekan. Tanpa disedari, manik2 jernih di hujung mata jatuh tanpa dipinta. Usah mengeluh, usah ditanya mengapa. Kerana sesungguhnya ujian jatuh tanpa dipinta. Usah mengeluh, usah ditanya mengapa. Kerana sesungguhnya ujian yang datang dariNya adalah "harga berharga" dari Sang Pencipta untuk hambanya yang beriman.

Disaat menikmati segala kurniaan dan pemberianNya..Mungkin, adakala diri terleka, terlupa, hanyut seketika..Mungkin, bertapa dalamnya kasih Allah pada hambanya. Di waktu diri terlalai dari mengigatiNya, Dia masih disisi, Sentiasa ujian yang datang bukan percuma. Sebaliknya mentarbiyyah diri, mengajar erti kesabaran, erti berdikari dan mensyukuri nikmatnya selalu. Usah kau lemah, Ingatlah bahawa aku ada disini. Teman2 sentiasa disisi, keluarga pendokong sejati. Bersabarlah menghadapi ujian ini. Kerana dalam berjuta, engkau insan terpilih.

Paling utama, DIA yakin akan janjiNya..Firmannya yang bermaksud..

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan kepadamu"

"dan apabila hamba2ku bertanya padamu (Muhammad) tentang AKU, katakanlah sesungguhnya Aku Dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu, Hendaklah mereka memenuhi perintahku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kesabaran"

"Telah berkata Jibril a.s: Wahai Allah, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman: "Biarkan hambaku itu..Kerna Aku mencintai rintih suaranya"

Moga kau kuat menghadapi segala dan senyum terukir semula di wajahmu...

Kereta punya pasal....

Dah seminggu lebih saya tak belek blog ni, rindu kat awk hehehe...lately ni bz dengan kerja dan kehidupan harian huhuhu...tapi bersyukur sangat diatas segala nikmat dan rahmat Allah s.w.t.

Hari ini saya pergi service keta yg ke 10 kot macam tu lah tak ingat dah hehehe...apa yang buat saya nak share adalah sebab saya terpaksa berbelanja besar terhadap keta kesayangan hamba huhuhu...amik kau bajet2 hari ni sampai 1.5k untuk repair kereta je...

Ini lah masalah nya kalau perempuan yang tak pandai pasal kereta main bawa je, bila ada org lain yang tegur baru nak tahu...(oo itu problem ke??) sy ni kalau pasal keta memang fail tapi kalau masak sy pandai hahaha

Service yang paling mahal saya pernah buat setakat ini adalah:-

1. Service mileage = RM300
2. Tukar tayar = RM 320
3. Battery = RM220
4. Clutch Pad = RM700

tetiba rasa cam nak wat2 pengsan hehehe bila dengar harga total nya tu huhuhu, tapi tak apa lah nak buat cam na beli mahal so kena lah jaga baik2 huhuhu (ayat sedap kan hati)....

Wednesday, December 21, 2011

Soal Jodoh....

Tidak...

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya singkat. Usia 26 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembayang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org tu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. TIdak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dgn harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatug terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


" Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

Kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar...

Rupa2nya..Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Thursday, December 15, 2011

selalu ingat pesanan dia hehehe



ustaz kazim elias - Bergembiralah Wahai Wanita

bila ingat ceramah ustaz kazim ni mesti sy ingat dia dan tiap2 hari lah sy duk ulang2 dengar ceramah ustaz kazim, itu lah pesanan dia untuk sy...rindu ke gan dia kak uitt..memang pun hehehe..

kata-kata dia selalu buat sy terfikir bgs nya dia rajin membaca pastu mesti dia share gan sy..suka2..sebab sy ni malas sikit nk membaca so bila dpt share gan dia sy sukaaa hehehe...sebab tu lah sy selalu rindukan dia, kata-kata dia yang lemah lembut..sy pun kasar hahaha

pendengar yg setia dan sgt low profile...klu lah dia boleh jadi imam utk !!!! hahaha berangan lah awk uitt... ^_^

Thursday, December 8, 2011

Allah segala nya pada saya

Saya tertarik dengan satu kenyataan, "bagi mereka yang beriman, kematian merupakan penamat segala ujian".

Sangat benar, mereka yang beriman, InsyaAllah dengan rahmat-Nya akan dipermudahkan hisab mereka dan terus masuk syurga yang kekal abadi. Tiada lagi ujian, Ia kehidupan yang sangat-sangat berbeza dengan kehidupan di dunia.

Saya cuba membayangkan begitu. Namun akal manusia, sampai bila-bila pun pasti tidak menelah dengan tepat kehidupan syurga. Namun saya simpulkan dengan cara yang paling mudah, ia kehidupan yang sangat indah.


Apa yang terbaik didunia tentunya langsung tidak setara dengan apa yang bakal diperolehi di Firdaus.


Tentu sekali disyurga tiada lagi perasaan "mencemburui" apa yang diperolehi oleh orang lain. Sesekali saya terfikir, mungkinkah ada kebarangkalian mereka yang berada di syurga tahab bawah mencemburui mereka yang berada di syurga yang lebih baik?


Di sini, dunia sementara ini, manusia sentiasa melihat rumput jiran lebih hijau daripada rumput sendiri. Bola hijau (kepunyaan teman) kelihatan lebih baik daripada bola biru (kepunyaan sendiri)

firts time dalam hidup....

tak tau nak mula mcm mana tapi hati ni membuak2 ingin luah kan perasaan marah...

tapi pandai ke sy marah..adik sy ckp "ko nak marah...kah kah kah" dia gelak kan sy dulu huhuhu...

ok2 apa yg sy nk share sebenar nya adalah kerana saya terkejut dan compius sebab apa kena mengena dgn sy...

bertarikh 7 Dec 2011...ada org add sy kat ym dan mesej sy kat fb...terkejut sebab ntah minah mana pula tetiba add ni..tp sy tak kisah sebab id ym sy ni ramai yg tahu dan selalu sangat mn2 org add so bila ada seseorang add sy hari tu sy accept je...

rupa2 nya ada sebab dia add sy..tak payah lah sebut nama dia..dia buzz than tanya sy kenal tak dengan nama $*&^ pun sy malas nk sebut kat sini...ok2 malas nk cerita panjang apa yg buat menyebal kan adalah sebab dia tanya sy pasal bf dia dan apa kena mengena sy dgn bf dia...

nak marah ni nak marah...elok2 sy mansion yg sy tak marah terus sy jadi marah sebab dia soal siasat siapa sy dgn bf dia...yg pelik nya awat lah tak pergi tanya bf dia dulu tuk2 pi serang sy soal siasat sy dulu..

before ni bf dia call sy tanya "knp awak mcm marah dgn sy" duk fikir menda lah sy marah nya..duk paksa sy mengaku apa yg sy tak puas hati dgn dia than tiba awek dia pula tanya mcm tu dgn sy..

whatever apa yg sy rasa pada dia sy tak akan bg tahu...whatever sekali sy suka pada dia pun...dan bila dia dah ada awek tanpa pengetahuan sy...okkk!! enough be enough mulai skrg sy tak akan amik tahu pasal dia dan tak akan dengar apa2 lagi pasal dia..first time ni sy buat mcm ni dalam hidup tak nak berkawan hehehe...

saya tak kisah pun klu dia ada gf, sy tak kisah pun klu dia tak nk cita apa2 pun kat sy...tapi bila sampai melibat kan soal siasat pd sy tang tu memang tak boleh nak terima...so pas ni apa2 yg dia nk tanya or minta tolong pls pls pls cari lah org lain...

Friday, December 2, 2011

Pujian hanya untuk Allah...

tengah-tengah belek fb sendiri tetiba ada orang tegur, bila ingat balik dia ni budak school mate sy dulu kira senior sy dulu lah...kata-kata nya tetiba buat saya terfikir...


"awak tu baik sangat jarang nk jumpa org mcm awak"


"dulu sy pernah ajak awak kuar time skolah tp awak kata tak nak, awk tu baik sgt"


"dulu awk jalan mesti awk tunduk je"


"dulu time sekolah awk nampak alim je, sy nk dekat pun malu"


tetiba saya tersimpul malu dgn pujian yang terlebih itu...itulah kata-kata ex-school mate sy dulu terfikir baik sangat ke saya ni dulu, tapi bila difikirkan balik rasa nya tidaklah sebaik apa yang difikirkan. Memang dulu saya menjaga batas pergaulan tapi lumrah manusia kadang dia tersasar dari landasan.


Iman yang teguh belum tentu akan selama nya teguh macam tu juga lah saya, tapi kita yang perlu berfikir apa yang terbaik untuk kita.


Disetiap nafas kadang kita terlupa bahawa kita ini milik Allah, terlupa dan terleka dengan nikmat dunia yang fana ini. Masih tidak sedar akan ada nya kehidupan akhirat yang kekal abadi bumi cinta yang sedang luka ini, penuh penipuan dan tipu daya.


Nilai sesebuah amal itu tidak dapat ditentukan berdasarkan kepada pujian manusia. Apa yang lebih penting adalah penilai Allah s.w.t.

Monday, November 28, 2011

Tahun baru...





Doa Awal Tahun


Tahun baru 1433 Maal Hijrah, bila masuk je tahun baru mesti ada azam so apa azam sy tahun ni ye?? azam tahun lepas pun tak lepas lagi azam tahun ni cuma planing je lah kan...


jeng!!! jeng!!! jeng!!! agak apa azam sy untuk tahun baru ni ye...kawinn??? hahaha


ok2 sebenar nya azam saya tidak lah mengimpi kan sesuatu cuma saya selalu azam dan berniat serta bedoa agar diteguh kan iman yg kuat serta ingin menjadi manusia yang berguna..ecehhh...tapi sebenar nya nk capai niat kita tu bukang senang, lg2 yang berkait dengan iman...


Tahun 1432 macam2 perkara yang sy tempuh, sama ada yg baik mahu pun tak baik, tapi semua tu saya hadapi dgn sabar, tenang dan redha serta sy bersyukur sangat diatas segala nya.


Allah menguji kita sebab dia sayang kan kita dia tahu tahab akal seorang manusia dan segala yang di beri ada hikmah disebalik nya.


Kalau nak cerita setiap perkara yang berlaku tahun lepas 40 hari 40 malam pun tak habis so pendek kan je...


Rezeki..alhamdulilah tak lah kering sampai tak makan segala nya cukup untuk sy.


Persahabatan..alhamdulilah semua baik2 amik berat.


Mak dan Abah...tahun lepas lah tahun yang sgt buat saya sedih serta sayu sebab mak kena tahan wad dan abah asyik di tinggalkan oleh mak sebab kesihatan mak yg kurang baik.


Keja...ini lah perkara yang paling serabut sy fikir sepanjang tahun lepas dan tahun ini akan berlanjutan lg selagi saya tak dpt keja tetap kat sini.


Bahagia...alhamdulilah sy bersyukur sebab masih di beri kebahagian hidup...syukur Alhamdulilah ya Allah..



Cinta...errmm ni lah bab yg paling rimas huhu..kenal dah 3 4 org yg betul2 ikhlas tak juga nmpk kalau ada pun semua jenis tak bersungguh.


tahun ni saya berharap keajaiban dan berharap Allah mendengar setiap doa sy dan berharap tahun ini sy akan dilimpah kan dengan rezeki yg baik dan byk serta datang nya sesrg yg ikhlas serta beriman pd sy aminnnn....


Serta selamat kan mak dan abah, keluarga, adik beradik, sedara mara serta kawan2 sy dari perkara2 mungkar serta diberi kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah aminnn...


serta iman dan ketakwaan yang teguh...aminnn

Wednesday, November 23, 2011

Redha vs tawakal


kalau kita tahu masa depan kita rasa-rasa apa akan jadi pada kita hari ini. Tak ada manusia yang ingin kan susah tak ada manusia mahu menangis, tapi itu lah garam dalam hidup manusia. Kadang-kadang kita gembira sangat, kadang-kadang kita sedih ada masa kita senang ada masa kita susah..sebab itu lah warna dalam kehidupan.

Jodoh macam rezeki..rezeki pun macam jodoh...kalau kita tak usaha dia tak akan datang bergolek depan kita.

Sebagai mana kita menharap rezeki yang banyak macam tu juga kita mahu kan jodoh yang terbaik, tapi manusia kadang dia terlupa siapa diri nya. Apa hak dia untuk melawan takdir yang telah ditentukan.

Setiap perjalanan hidup ini ada dugaan yang datang menghampiri. Tidak kira sama ada kita rela atau tidak ia pasti menjengah kehidupan kita. Semua hamba-Nya pasti merasa dengan cubaan dan dugaan yang dihulurkan agar kita sebagai hamba-Nya yang hina tidak pernah lupa dan alpa bahawa Dia adalah pentadbir alam yang sebenar-benarnya.

Kita tidak akan pernah tahu apa yang Allah atur kan untuk kita, tapi kita tahu apa yang perlu kita lakukan dalam hidup kita. Apa yang terbaik untuk kita.

terbaca pada kata hikmah ini "Jangan pernah menyerah! Jika Tuhan belum menjawab doamu, itu karena Tuhan punya rencana yg lebih baik tuk hidupmu"


jangan putus untuk berdoa pada Allah sebab itu lah pendengar yang paling tepat untuk kita pinta.

pesanan untuk diri sendiri:-

-jangan putus untuk berdoa.
-jangan menyesal pada setiap perkara yang awak lakukan.
- jadi lah diri sendiri .
-jangan menangis diatas kesusahan atau kegagalan.
-berusaha lah untuk jadi yang lebih baik walau bukan yang terbaik.
- Yakin pada diri sendiri.
-jangan putus asa.

Friday, November 18, 2011

laut dan amy....





bila tengok pic kat atas ni agak2 kat mana ye?? jeng jeng jeng .. ni lah tempat kegemaran amy, tetiba dia mesej rindu nak tengok laut bersama dengan saya, penat2 pun saya sanggup teman ni semata2 nak bagi amy release tengok laut...walau pun time tu dah nak magrib...

tapi tak bermakna kami meninggal kan solat magrib okey..hehehe...solat tu wajib...kalau tengok laut mesti saya akan ingat kan amy...bila ingat amy mesti ingat laut...so laut dan amy tidak dapat dipisah kan hehehe...ada kah ini angkara saya hehehe...tidak kot...

laut ni luas.. sangat tenang..tapi bila dia bergelora setiap benda yg ada diatas darat ni hanya sekali libas sehaja sudah mampu melenyap kan...itu lah kuasa Allah...

tarikh hari ni memang cantik 11.11.11 tarikh yang tak mungkin akan ada lg...sebab itu lah keajaiban...byk org amik peluang dgn tarikh hari ni, tapi bg sy hari ni hanya lah ber dating gan amy sahaja...hahahaha

kira ok lah kan ber dating gan amy walau pun hanya tengok laut dan rasa lagi selamat dan tenteram bila bersama amy sebab gurl hehehehe

Monday, November 7, 2011

salah ke comment!!!

"awak memang bertudungkan?"

"a'ah..knp? yea"

"tp sy nmpk rambut awk, panjang rambut awk..cantik!!"



"tp sebenar nya lagi cantik bila awk tutup rambut awk tu"

errmm..kata-kata sorang kawan lelaki nya pada dia...ayat ni kawan sy yg tunjuk kan pd sy...
dia marah coz bdk laki ni coment pic dia mcm tu...

terfikir, salah ke ayat dia?? sy rasa betul ayat nye...kata2 nya tak puas hati bila kwn dia kata mcm tu...kadang susah kita nak tegur org sebab nak menjaga hati tp rasa nya berhak untuk sorang umat nya menegur antara 1 sm lain...

bukan senang untuk menjadi muslim yang baik, menjadi muslim yg baik adalah dengan mencegah kemungkaran dan menyeru kabaikan, berpesan2 dan ingat mengingati dengan betul dan haq itu lah yang menguji kesabaran dan hikmah yang tersembunyi. Bukan mudah untuk menyampaikan yang haq sebab bukan mudah untuk menyampaikan yang baik itu.

Wednesday, November 2, 2011

Astagfirullahal'azhim!!!

"awk pinjam hp jap nak tgk pic yg awk tangkap hari tu, cantik lah"

"amik lah"

tanpa pesan apa2 sy pun belek lah pic dalam hp dia, Astagfirullahal'azhim!!! tetiba ungkapan tu terkeluar dlm mulut sy, bukan niat nak tengok semua pic dlm hp dia tapi dah terbuka sy tengok lah...

nak tahu apa yg sy nampak?? picture2 dia dan bf yg sangal menjengkil kan...Nauzubillah...sy tidak faham pada mereka yg bercouple ni meyb sebab sy tidak pernah bercouple kot...mcm tu ke org ber couple perlu ke mcm tu...

berpeluk..bercium pipi...mulut...apa semua tuuu....Astagfirullahal'azhim, bukan niat sy nak mengata just untuk iktibar pada diri sendiri juga.. jgn lah hanyut pd cinta pada manusia yg belum tentu akan jadi suami kita.

Sy tak tahu motif nya apa utk simpan gambar2 mcm tu dan merelakan diri untuk diperlakukan mcm itu..kot ia pun sayang, perlu ke sampai mcm tu..

mana pergi maruah sorang perempuan islam, mana pergi akhlak seorang muslimah, bangga sugguh dia dengan bf nya itu yg belum tentu jodoh dia.

bukan hanya hp "dia" tp juga hp kwn sy sorg ni..pun sama juga...sy tak faham dan tak tahu apa yg dia rasa bila bergambar dan simpan gambar mcm tu...bf smpi 2 3, yg tu mcm ni..yg ni mcm tu..mcm2 gaya dan aksi...


Astagfirullahal'ashim!!!!


seorang lelaki yang baik dan niat yg baik pada perempuan yg dia suka pasti dia akan menjaga mahkota perempuan tu, pasti dia akan pertahankan maruah perempuan tu, pasti dia takut untuk menyentuh perempuan tu sebab itu lah "bakal isteri nya"....

Sunday, October 30, 2011

opah kesayangan kami...

Ya Allah panjang kan umur Besah bt pandak jaya dan beri lah kesihatan yang baik pada nya...
Opah!! ini je lah opah sy yang tinggal, ni emak sy punya mak...ini juga lah satu2 nya yg tinggal kira2 sedarah sedaging lah...

kami sangat sayang pada opah hehehe siapa yang tak sayang opah kan...
dulu opah sihat dan kuat skrg ni opah dah tak berapa sihat semenjak opah kena buat hemodialysis..

first time sy tgk opah kena buat hemodialysis, kalau tidak sebelum ni hanya dengar cerita dan tahu opah pergi pusat hemodialysis...tapi kali ni sy balik kg dan pertama kali nya sy dpt bawa opah gi hemodialysis...senang cita cuci darah lah...

mula2 bila mak bagi tahu esok bawa opah gi cuci darah yea!! sy terfikir mesti kena bangun awal hehehe...memang awal pun 6.30 dah kena kuar coz kena smpi sana kul 7 pg, tp pd pagi tu sy sangat excited dan bersemangat tau bagun awal utk teman opah dan dapat tgk sendiri mcm mana opah kena cuci darah..

kesian nya bila tengok...takut pun ada...mau nya tidak jarum yang kena cucuk tu besar ooo...sedang kan kena cucuk BCG time skolah dulu pun seram gila..ni kan cucuk jarum besar tu huhuhu...

kesian nya kat opah lagi sebab cuci darah ni bukan setahun sekali, bukan sebulan sekali atau seminggu sekali..selang 2 hari sekali...pergggg dasyat tuu...

bila tgk memang tak sanggup tapi opah kata biasa je..huhuhu...dah lah 2 hari sekali..pastu sekali hemodialysis 4 jam sekali huhuhu...sy tidak sanggup...kesian opah..

1st time gi pusat hemodialysis ni ingat kan org2 tua je semua...tetiba sy ternampak 4 5 org dalam lingkungan 20an dan 30an yg dah kena buat hemodialysis, sgt terkejut dan terfikir "knp muda2 dah kena cuci darah??" huhuhu kesian tau..sebab byk sangat kesan sampingan pd mereka yg kena cuci darah ni...dan aktiviti mereka sgt terbatas..hope mereka2 tu kuat dan sabar..


ni lah opah kami...mcm ni lah tiap2 2 hari sekali opah kena hemodialysis...

mcm ni lah rupa mesin yg cuci darah opah...

opah saya ni sporting, caya tak opah yg minta amik gambo ni hehehe

sementara tunggu opah kan sempat juga lah sy timbang berat sy ni hehehe...



Tuesday, October 18, 2011

interview ohh nooo...

ohhh tidakkkk....perkara yang paling sy tak suka dalam hidup, baru2 ni sy di panggil untuk interview dekat cyberjaya, errrr tak nak pergi...dan akhir sy tak pergi pun.

2 benda yang paling sy tak suka first pergi interview second kena pindah memang sy paling tidak gemar, tapi bila di fikirkan "mcm awk nak maju ayu" hahahaha. Interview baru2 ni sebagai QA Analysis gaji yg di offer pun tinggi tp disebab kan sy penakut nk mencuba, sy telah cancel 2 kali interview tu.

Beria2 company tu call suruh attend interview tu siap nak higher kan sy lg. kira2 sy ni bkn lah bagus sgt tp ntah lah knp company tu beria. Bila tgk balik resume sy tu hehehe...gempak jg lah hahaha. Tapi disebab kan confident sy ni low so sy tak nak pergi.

Kelakar betul bila difikirkan blk pasal interview ni, disebab kan terlalu takut dan gabra...3 mlm berturut2 sy mimpi and last mimpi sy sesat dan hari ni terus decide tak nak pergi hahahaha...

itu lah kelemahan sy paling ketara, sebelum2 ni byk jg gi interview ada yg dpt tp tak pergi juga, tapi tahun depan sy kena bersedia dan tetap akan menghadapi interview..sebab tahun depan whatever skali sy akan cari kerja lain juga..

But still hope ada lah rezeki sy pd perkerjaan sekarang ni agar sy terus berkerja sampai bila2 dgn company skrg ni..Ya Allah buka kan lah pintu rezeki ku dalam perkerjaan ini.aminnn


Friday, October 14, 2011

impian saya....

nak sambung study!!! nak sambung study!!! tapi kan rasa2 awk dpt ke nak sambung tu...luah je lah kalau itu yg boleh bg tau yang awk sgt teringin untuk further study..."ulat buku" yup dulu memang aku ulat buku tp kecedikan aku tak tinggi so memanjang klu baca or menghafal mesti tak lekat di otak....

tapi cita2 sy tinggi...impian sy utk dpt segulung ijazah sy rs tak mungkin akan jadi kenyataan..so biar lah sekadar meluah perasaan dalam entry ni....

education sy tak lah tinggi mana sekadar diploma sahaja....cita2 sy ingin mencapai segulung ijazah tp cita2 tu akan terkubur dan tak mungkin akan sy gapai...

disebabkan atas masalah2 tertentu...sy tak kuat untuk mengapai..sebab sy tahu tahab kemampuan sy, resiko jika sy terus kan...benda paling sy tak stabil adalah dari segi kewangan.

frust memang frust tp sy redha sebab sy percaya semua nya ada hikmah.

~sengal untuk seketika ~

agak2 bila sunyi korang buat apa?? kalau korang bosan korang buat apa?? kalau korang yang single2 tu selalu apa yg korang fikir kan in future??

serabut kalau di fikirkan...tak nak fikir boleh??

sunyi : sebab tak ada sapa2 yang cuba untuk caring gan kita layan kerenah kita, dengar cerita kita..tul tak..tul tak..hehehe

bosan : tetiba tak reti nak buat apa, apa yg difikir kan dalam kepala hotak ni pun semua terasa bosan..yeaa dak..sebab nya tak ada orang yang cuba force kita...kalau tidak tak sempat nak bosan ada je org sekeliling yang cuba mengatakan ..jom lah!!!


single : of course lah nak dimiliki dan disayangi..tul tak...tapi siapa kah gerangan si dia agak nya kan...rasa nya makin kabur dan makin gelap..huhuhu


hari 15 Oct 2011 lagi 2 bulan je sy akan melangkah ke tahun seterus nya dan seperti biasa tiada yang berbeza mengenai diri sy, tiada perubahan yang berlaku pun dalam diri...sama seperti hari2 biasa.

Duk serabut memikir kan keja..dan keja serta calon untuk sy hahahaha..."tu lah kau memilih sangat" almost org2 disekeliling kamu semua dah berpunya dan bertukar menjadi "in a relationship" "engaged" "maried" dan kau masih lah "Single" ish ish ish

1 hal yg sebenar nya saya susah hati dan serabut maybe sebab pasal keja, sebab terlalu terikat dengan komitment..kalau kerja sy dah betul2 stabil dan selesa sy rasa mesti sy yang dah gi meminang orang kan hehehehe...

so nothing what i can say and to do.... T_T

Sunday, October 9, 2011

first time ke pangung wayang...

Bukti tiket masuk tengok wayang yg ke 2 ^_^

ish ish ish...masuk juga wayang yea!!! ok dah pecah rekod hehehe....first time masuk wayang!! tak sangka sungguh akhir nya jejak juga sy dalam pangung wayang...nak cita pasal wayang ni.

first time tgk wayang dengan syakira, kira itu lah first time cita nye "iron man" kot hehehe lupa tajuk nya apa??? coz tiket nya hilang ishh geram btl sebab nya nk buat kenangan..sampai tajuk pun dah ingat2 lupa huhu

second time wayang dengan amy hehehe cita nya adalah "Jonie English " alaa cita yg mr. bean belakon filem tu...cita nya best gila and klakar sangat...berguling2 gelak dalam tu hahaha..

nak cerita pasal wayang ni sebenar tak ada apa pun untuk si kaki wayang tp for me dia agak berbeza sikit...sebab dari sy kecik sampai lah dah besau panjang sehingga lah umur dah masuk 26 ni baru lah sy merasa masuk wayang...

bukan tak ada orang nak ajak tengok setakat kawan2 ajak jenuh dah duk mengelak and the end saya cair juga dengan tawaran syakira dan amy hehehe...nak kata teringin nak masuk pangung pun tidak hehehe

meraka telah berjaya membuka hati untuk sy masuk ke pangung wayang...kalau tidak sy punya mengelak dan tak nak tgk wayang tu macam lah depa tu ajak masuk clubbing hehehe...saya tak suka entertainment yang berunsur kan hiburan music....

kira umur 26 tahun saya telah mengakhiri pegangan sy untuk tidak ke pangung wayang huhuhu...sy rasa tidak salah kan..sy masih lagi terjaga dan terbatas...

InshaAllah sy tidak lah menjadi kan wayang tu sebagai hobi or mengisian di waktu lapang. Lagi pun wayang ni bagi sy tak best sebab gelap huhuhu..cuma apa yg best nye screen nya besar lagi pun saya ni movie2 bukan nya tengok sangat...tv kat umah ni pun jarang dihadap hehehe...

whatever pun thanks lah pada syakira dan amy yang berjaya memujuk saya hehehe

Tuesday, October 4, 2011

tersimpul malu....@_@



Entry pembuka bulan oktober ini dengan cerita "malu"...tak abis2 buat hal lah awk ni ayu,
kalau kita malu nak buat apa yea??
kalau kita termalu nak cover mcm mana yea??
kalau kita buat2 malu macam mana yea??

Al-kisah story about few days and month later...



Kantoi pada isi hati....

- few days later...seseorang meminta menerangkan ayat.."duk fikir menda lah ayat nye" lastly...kantoiiii waduh boleh pula ditanya entry tu pasal sapa?? klu terasa tu faham2 sudah...yg malu nye because siap print out...gilo apa nk terang kan depan2 memang tak akan lahh...


Tergolek macam nangka busuk...

- sedang elok berjoging tanpa mengiraukan orang sekeliling tetiba...kedebik!! jatuh mcm nangka busuk...confident tak ada orang toleh2 elok je orang tu kat belakang tersenyum tanpa berkata apa2...


Berborak dengan salah orang...

memory after 3 months later...tengah2 isi minyak terpandang kan sorg mamat ni, compom ni kawan kampus...dengan selamba dan confident terus "say hai" than dengan melulu terus tanya keja kat mana?? sihat ke?? nak gi mn?? dan tiba2 dia membuka helmet jeng..jeng..Alamak!!! salah orang...senyum juga tanpa kata apa2..dan say sory..apa lg blaa lahhh...(mamat tu boleh pula amik kesempatan minta no fon yea)


Salah buka pintu kereta...

hello ingat awk sorang je ke pakai kereta BLM warna gray tu???
lagi confident tanpa melihat kiri kanan terus membuka pintu..ehhh knp tak boleh buka..tray tekan button alarm tak berbunyi...rosak ke? "yus buat apa kat situ" (kwn tegur) errr malu2 salah kereta rupa nya...tuan empunya elok je senyum2 kat belakang kereta...hishhhh engkau nii ayu...


Sunday, September 25, 2011

...sejenak bahagia...


kebahagian dalam kekeliruan...hahaha cam pelik je bunyi, hakikat sebuah kehidupan..ewah2 ayat...kesabaran dalam penantian...cehh cehh

Apa2 je lah bunyi nya yang pasti sy happy walaupun hati dalam kerisauan...minggu yang tak disangka2, Allah maha mengetahui disebalik setiap ketentuan..

weekend yang bermakna sangat kali ni buat saya dan tak mungkin dpt lupakan, agak2 apa yea hehehe..pertemuan yg tak disangka2 atau senang cita terserempaklah dgn mr. him hahaha...


yang buat saya happy nya bukan apa, 2 hari berturut2 ni sy terjumpa si "dia" pergg!! apa makna nya..alaa jumpa yg sangat kebetulan kalau sy tak lalu situ compom tak jumpa jg...


Tapiiii!!! rupa2 nya pertemuan yg hanya kebetulan itu sebenarnya memberi satu jawapan pada sy...hureyyyyyy hehehe...nak tau apa??


Sampai je rumah sy terus online mesej pada dia bg tahu sy nampak dia, nk tahu dia jwb apa?? dia tanya sy balik buat apa kat situ...compius pula sy, sah2 kat situ jalan org ramai lalu lalang pergi kg delek of couse lah sy akan lalu situ juga...


Yang pelik nya lagi dia suruh sy teka dia buat apa kat situ hahaha...lawak sarkes betul lah mamat ni..so sy pun teka..serkap jarang hehe.."awk pergi meminang kot" than di jwb "ia"


whatttttttttt!!! (terus sentap hati sy) tp control2 buat tak ada apa2 hehehe...tak sangka betul lah tekaan tu betul, mula2 diberi tahu memang sedih, tapi bila dah lama2 than fikir balik saya sangat bahagia dan happy sokmo ^_^


sebab!!!! saya akan pasti kan perasaan bengong sy ni akan pergi jauh2...ingatan sy pun tidak akan ingat langsung pada dia...perasaan jauh lah sekali hehehe...ini lah diri sy, kalau suka pada seseorg sy pendam, sy akan sentiasa doa kan untuk dia...dan akhir nya doa sy termakbul juga utk lihat dia bersama dgn perempuan lain hehehe...happy!! happy!!


Whatever who this just will be ms. right for that him.

Prinsip saya ada lah jika kita suka sesorang jgn berharap, hanya mendoakan sahaja. Seperti entri sy
cukup lah cinta dalam diam sebab sy percaya pada redha Allah...

Tuesday, September 6, 2011

raya ohh raya...

hari ni dah masuk 9 hari raya, rasa macam baru je semalam hari raya pertama dan ini entry pertama saya selepas beraya, dan first time bercerita pasal raya kalau kat fb tu penuh org duk upload pic2 raya hehehe, before ni tak pernah pun nak cita pasal raya tapi untuk pertama kali nya teringin lah nk share sikit2 hehehe...

first thing story about raya is!!!




  1. Sonok sangat tahun ni coz untuk pertama kali nya dapat buat kuih.



  2. Penat gila-gila sebab kena basuh rumah selapas banjir.



  3. Seperti biasa dimalam raya sedara mara datang makan besar kat umah.



  4. First time ni tak pergi shopping apa2 pun raya tahun ni.



  5. Redha sebab tahun ni raya boleh pula dibantai demam huhuhu



  6. Paling best sangat bila dipagi raya dapat minta ampun kat mak and abah serta adik beradik, kalau nak tunggu hari biasa segan nak minta maaf, gitu lah ego nya manusia seperti saya ini.



  7. Sangat best, lagi best dan terlebih best dan syukur alhamdulilah dapat pi beraya dengan adik beradik serta sedara mara konvoi ramai2 pi serang umah sedara mara....fuyoooo besttt ooo.



  8. Paling bersyukur sangat tahun ni sebab dapat beraya dengan best frends, terubat rindu hehehe



  9. Tang ni tak best dah berat saya naik sebab melantak yang terlebih huhuhu.





Taip2 tahun mesti sy balik kampung cuma tak lah mcm dulu, 2 hr nk raya dah blk kg, blk kg sebalah abah, tp skrg 2 or 3 hr raya baru lah planing blk kg tu pun sebelah mak, sebab sebelah abah, opah n atok dah tak ada.
sebelah mak tinggal opah je.
adik beradik pula almost semua dah kawin so kami akan berkumpul kat rumah dulu baru lah decide nk balik kg.



















Sunday, August 21, 2011

Cukuplah cINTA DI dALm dIAm..^^

Kalau kita sukakan seseorang,

jangan beritahu si dia.

Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya

Tapi luahkan pada Allah,

beritahulah Allah.

Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,

Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."

(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurga-NYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan, Memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,

kelak ada insan yang bakal dilukai,

Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,

nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,

gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,

nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,

kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri