Tuesday, December 27, 2011

Usah Lemah...Kau Perlu kuat... ^_^

Lumrah bagi insan bernama manusia. Sekuat dan segagah mana pun dia, satu ketika pasti akan diuji. Ujian yang datang menguji diri. Menguji sejauh mana kekuatan. Menguji keimanan kepada Tuhan...

Tatkala ujian mendatang, terkadang diri merasa lemah,lemas,lelah,sempit,tertekan. Tanpa disedari, manik2 jernih di hujung mata jatuh tanpa dipinta. Usah mengeluh, usah ditanya mengapa. Kerana sesungguhnya ujian jatuh tanpa dipinta. Usah mengeluh, usah ditanya mengapa. Kerana sesungguhnya ujian yang datang dariNya adalah "harga berharga" dari Sang Pencipta untuk hambanya yang beriman.

Disaat menikmati segala kurniaan dan pemberianNya..Mungkin, adakala diri terleka, terlupa, hanyut seketika..Mungkin, bertapa dalamnya kasih Allah pada hambanya. Di waktu diri terlalai dari mengigatiNya, Dia masih disisi, Sentiasa ujian yang datang bukan percuma. Sebaliknya mentarbiyyah diri, mengajar erti kesabaran, erti berdikari dan mensyukuri nikmatnya selalu. Usah kau lemah, Ingatlah bahawa aku ada disini. Teman2 sentiasa disisi, keluarga pendokong sejati. Bersabarlah menghadapi ujian ini. Kerana dalam berjuta, engkau insan terpilih.

Paling utama, DIA yakin akan janjiNya..Firmannya yang bermaksud..

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan kepadamu"

"dan apabila hamba2ku bertanya padamu (Muhammad) tentang AKU, katakanlah sesungguhnya Aku Dekat, Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu, Hendaklah mereka memenuhi perintahku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kesabaran"

"Telah berkata Jibril a.s: Wahai Allah, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman: "Biarkan hambaku itu..Kerna Aku mencintai rintih suaranya"

Moga kau kuat menghadapi segala dan senyum terukir semula di wajahmu...

No comments:

Post a Comment