Tuesday, July 23, 2013

Ohh batery....

Assalammualaikum...

Ok saya nak share sikit pasal "Batery kereta" baru2 ni batery kereta saya habis...lama juga sy tunggu batery ni nak habis. 1st sy dapat tahu batery kereta dah low tahun lepas dia kata any time any where..tapi still tak nak tukar juga tu coz sayang rasa nya coz masih boleh tahan kan hehehe...so bayang kan lah lama tak lama nya batery sy bertahan klu tahun lepas lagi dia kata dah hujung2 so kira2 dkt setengah tahun juga lah kan...time tu gelabah juga takut2 kena time kat high way or sorang2 tp alhamdulilah kena hari jumaat yang lepas time nak gi keja...so compom lah lewat smpi opis kan...

Apa lg minta tlg kawan tolong jumper kan. Tapi sebelum tu gi survey dulu beberapa kedai tanya harga batery kereta...seelok2 nye servuy lah dulu sebab stiap kedai kadang hrga nye berbeza wlu pun sehinggit kan...

Akhir nya sy jumpa juga harga yang berpatutan sy amik jenama Century NS 60 itu adalah jenis batery untuk kereta BLM ok...harga nya tak mahal sgt 190 sebab nya walt nye tak tinggi seperti kereta pesona or gen2 or waja...so ok lah setakat BLM 1.3 kan.

Sebelum sy decide nak pakai batery apa! sy servuy dulu dengan 2 3 org kebetulan jg ada kwn keja bengkel kereta so sy bertanya lah...rmi yg suggest suruh gunu Century and Bosh tapi Bosh ni susah sikit nak cari tak banyak kedai yang ada..dan harga nya pun mahal sikit last sy decide lah pakai Century.

satu nasihat sy especialy utk gils ya please lah tukar betery tu kalau dah tiba waktu nya klu check tu kata tuan bankel batery kereta awk dah tak lama...coz klu nasib tu baik kena tempat yg selamat ok tp klu kena tempat yg tak ok..nayaa...

Apa pun kan yang sy nak bg tahu batery sy ni boleh tahan lama...semua org tak expect pun yg batery kereta sy ni boleh tahan selama 3 tahun 5 bulan...lama takkk...


Wednesday, July 10, 2013

Cinta Rindu Ramadhan....



Syukur alhamdulilah, lagi sekali diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan kali ini. Hari ke 2 berpuasa alhamdulilah segala nya berjalan lancar hati tenang tak terkata, redha dengan perkara yang lepas tetap berusaha untuk menjadi yang lebih baik, lagi2 di bulan yang mulia ni...serius rindu sangat dengan Ramadhan setiap kali nak masuk bulan ramadhan mesti ada satu perasaan yang pelik macam bercinta pula kan, mungkin ini lah dinama kan "Rindu Cinta Ramadhan".



Tahun terakhir!!! ye ke?? inshaAllah kalau ini yang tertulis, teruja tu tak lah sebab nya rasa sayang sangat nak tinggal kan amalan solo yang biasa sy buat. Mungkin orang kata hidup akan lebih bermakna dan lengkap bila kita mampu buat amal bersama, sy harap inshaAllah.


Satu benda yang sy rindu lepas ni mungkin tak dapat nak bertarawih dengan kawan2...bersahur dengan kawan2...berbuka dengan kawan2...bertadarus dengan kawan2 dan semua nya dengan kawan2 dan yang paling saya akan rindu bila saya sendiri di bulan ramadhan....mungkin saya tak faham lagi rasa nya macam mana bila puasa berkeluarga....^_^


Mungkin tahun depan sy kena bahagi kan masa untuk berbuka dengan keluarga sendiri dan keluarga baru hehehe...apa pun doa saya moga amalan saya lebih berkat dan bertambah...itu yg saya nak sangat dan mampu menjadi yang lebih baik...aminnn..


Banyak sangat kenangan masa bulan ramadhan masa zaman single and available, time tu life tak fikir pun bila lah akan berbuka dalam berkeluarga, masa tu rasa happy ending on ramadhan lah sebab ketenangan tu susah nak digambarkan.


Tiap2 tahun juga berdoa supaya kesilapan yang pernah sy buat tidak diulanggi tapi manusia kan sentiasa gagal dalam pertahan kan iman...sekecil2 kesalahan hingga yang besar kadang itu lah yang buat kan rasa diri ini terlalu lemah dan kerdil sangat...Ya Allah berikan lah keimanan yang utuh untuk hamba menjalani hidup ini.


Doa saya untuk bulan ramadhan....


Ya Allah berikanlah hamba iman yang teguh.
Ya Allah berikanlah ke ampunan kepada hamba ini.
Ya Allah berikanlah hidayah yang sebenar benar nya pada hamba ini.
Ya Allah berikanlah hamba kekuatan serta ketabahan.
Ya Allah berikanlah hidayah keteguhan iman dalam hati ibu bapa ku serta selamat kan mereka.
Ya Allah ampunkan lah dosa ke dua ibubapa hamba ini.
Ya Allah beri lah hidayah pada keluarga hamba serta selamat kan lah mereka.

Doa Ketika Jatuh Cinta

Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau

Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada Mu tetap utuh

Allahu Rabbi, izinkan lah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untuk ku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta Mu
Dan membuatku semakin mengagumiMu


Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami

Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta

Jangan pernah Kau palingkan wajah Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Ya Allah kabulkan Doaku Amiiinnn....

Tuesday, July 9, 2013

Jus Pati Buah Delima Gulsan Nar Eksisi



Kelebihan Jus Pati Buah Delima Gulsan Nar Eksisi ni adalah.

•Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

•Pati Delima Gulsan Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.



Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah :

•Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit

•Melancarkan peredaran darah

•Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)

•Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita

•Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan

•Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan

•Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout

•Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala

•Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas…InsyaAllah…

•Dikenali sebagai “Viagra Semulajadi” iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi

•Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)

•Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim

•Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam

•Awet muda

•Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis

•Menghapuskan kahak dan meredakan batuk

•Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua & dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung

•Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin.

•Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah

•Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf

•Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah, mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata.


Wednesday, July 3, 2013

Insan Bernama Kekasih


Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan
Kau lelaki idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Ingin aku jadikan
Insan bernama kekasih
Kesabaran yg tergambar
Lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai puith salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa
Kusampaikan slm ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Utkku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa
PadaMu oh Tuhan
Kumohonkan keredaan
Nur kasih yg kudamba
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yg kupinta
Kebaikan darinya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yg murni bahagia selamanya
Dgn lafaz pernikahan yg mulia
Dtglah kasihmu dlm diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akanku sambutnya dgn
Sujud penuh kesyukuran
Kuharap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yg terbina
Kerana cinta kpdNya
Kauku sayangi
Teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih 

Dedicated lyric ni untuk awesome sebagai luahan hati yang ingin kan ke redhaan... Aamin... 

Monday, June 24, 2013

Nisfu syaaban yang kurang penghayatan....

15 Syaaban 1434 bagi tahun 2013, apa itu nisfu syaaban, pertengahan untuk bulan syaaban dan tak lama lagi masuk sudah bulan ramadhan, apa itu nisfu syaaban?? ok...sy share setakat yang saya tahu...bulan syaaban ada lah bulan antara rejab dan ramadhan ia berada di tengah2...kelebihan nisfu syaaban adalah akan dibukan pintu kebaikan untuk segala amal yang dibuat.

Bulan syaaban kali ni sy sangat lah tidak rasa apa2 sebab sy tak dapat menghayati nya, terlalu banyak perkara dunia yang saya alpa jadi nya untuk tahun ni kurang penghayatan dan amal..bertapa saya rasa rugi sangat2...ya Allah ampun kan segala dosa hamba ini...

Sepanjang bulan syaaban ni saya hanya sempat puasa sekali je dan bangun untuk beritikaf lagi lah...bertapa kerdil nya rasa diri bila sy makin dekat dengan nikmat dunia tapi jauh dengan akhirat...


Mampu kah kita kekal dengan amalan kita!!! sy rasa tidak...hidayah!! Allah boleh tarik balik bila kita tersasar pada landasan tapi Allah tak pernah berpaling pada kita bila saat kita lupa Dia...itu lah kuasa Allah dan janji Allah...

Saya tak mampu...sy tak kuat...sy sgt lemah...dalam hati sentiasa memohon moga dpt beri hidayah yang sebenar2 nya untuk sy kejar akhirat..amin

Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Moga Allah memberi keampunan pada saya dan menutup segala aib dan meningkatkan segala amal dan doa sy... amin..amin..amin yarabalalamin...




Janji Allah pada hamba yang berdoa pada malam nifsu syaaban:
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.”



Sunday, June 23, 2013

Service kereta setiap 5000km

Info ini sangat berguna pada yang berkereta...

Apa yang perlu jika mailedge service sudah sampai....gila lah kalau nak fikir2 kan sebenar nya bukan lah apa sebab rasa nya baru je service dah service lagi....ok2 sebenar nya memang dah waktu pun untuk service cuma rasa duit tu je yang tak berapa nak service kan hahahaha...

Apa pun kalau nak service ini advice saya ya...

1st sekali kita kena alert dengan KM mailedge kereta kita tu supaya kita boleh bersedia dari segi duit dan baget berapa yang akan kena. Paling penting setiap kali abis je service tanya org kedai tu brapa pula harga untuk next service supaya boleh menyimpan siap2 duit tu...itu yang sy buat sebenar nya supaya tak short.

Apa yang perlu kita tukar semasa service...ok, saya amik untuk setiap 5000km.

1. yang paling penting minyak hitam or bahasa enjin, minyak enjin lah, minyak enjin ni macam2 jenis ada ikut baget dan kualiti. Bagi kereta buatan malaysia di syor kan guna kan je yang semi  Synthetic sebab minyak ni sesuai untuk 5000km dan bagus utk masa panjang. Kalau yg full  Synthetic  tu bukan tak bagus cuma maintanace nye pun akan jadi tinggi dari segi oil filtter or what soever dan untuk jangka masa panjang pun tak sesuai.

2. Filter or oil filter setiap kali service kita kena tukar benda alah ni supaya pergerakkan udara ke enjin dapat ditapis oleh habuk yang tak sepatut nye, kira nya kalau tukar je minyak hitam makna nya package lah skali tukar dengan oil filter ni supaya janka hayat enjin keta tu dapat tahan lama.

3. Plug..spark plug wajib di tukar kalau dah rasa kereta tu tersengguk ok, tapi bagi sy pula sy akan tukar setiap 10000km or 5000km bergantung pada bunyi masa nak start enjin kereta tu. Supaya tak mati2 bila2 kita tengah drive lagi2 kalau kereta manual we hav to alert.

Ok ini ada lah 3 perkara yang harus alert setiap kali service kereta, yang lain2 tu macam timing belt, clucth plat, gear oil tu semua adalah antara benda2 yang patut di tukar tapi bukan lah setiap 5000km ok.

Apa pun yang saya nak share sebenar nya kan kos maintainance tu yang buat sy rasa pening2 lalat gitu sebab time dah waktu nak service tu walau pun dah baget tapi ada masa out of baget so kita kena bersedia untuk semua tu kalau dah berkereta hihihi 



service taya bukan service enjin ya hehehe

Friday, May 31, 2013

3D2N in Family Day at Port Dikson

Alhamdulilah....

selesai sudah family day yang lepas selama 3 hari 2 malam, seronok sangat sampai tak terkata, bukan senang dapat berkumpul dalam satu rumah, kira semua ahli keluarga ada...sepanjang 3 hari tu macam2 perkara dan aktiviti yang kami lakukan sekeluarga..happening habis lah...

24 Mei 2013 (jumaat) kami berkumpul dekat rumah abah dan kami gerak pun konvoi time tu dah rasa happening nye, apa tak nya bila dah gerak sekali pastu ikut bontot keta org jadi nye bila dah terlepas yang belakang tu tersasar lah hahaha...time tu memang gelak habis lah, apa tak nya boleh sesat pula kan...

Sampai je di PD kami semua dah hav fun sangat dah apa tidak nya lebih 10 keluarga boleh kumpul dalam 1 rumah kan, yang paling best nye budak2 lah sebab siap dengan kolam mandi lagi okeyyy..dan bapak budak dan mak budak pun apa kurang nya join sekaki lah kan....



Gelagat anak2 buah dan adik2 sepupu dapat mandi kolam...

Perbincangan...cam na nak masak daging untuk malam ni...

Masa sampai kat banglo tu memang riuh rindah, seronok sangat time tu sebab masing2 borak bagai nak rak, yg kanak2, yang mak2 dan bapak2 semua nya pok pek pok pek ok...hehehe...lepas je semua solat magrib kami semua berkumpul dekat hall, semua ada time tu, kami buat bacaan doa sikit malam tu, alhamdulilah rasa tenang sangat time tu kan..moga2 keluarga kami di beri redha dan rahmat..amin...


Ni lah sebahagian part dari ahli keluarga kami yang turut meng amin kan doa...


Ini lah jadi nya daging tadi, kami masak sup..perggg mavelesss sedap bangat...

Ni menu yang nak tergelak ni, bajet macam saya je yang masak spegeti kan aleh2 semua family bawa spegeti, time tu memang nak juling2 mato tengok spegeti...tapi nasib abis kan sampai esok nye...

25 Mei 2013 (sabtu) tiba lah masa nya family kami semua melakukan aktiviti, sepanjang hari tu kami semua buat macam2 perkara, alhamdulilah sepanjang hari tu semua berjalan dengan lancar, tak lah penat pun sebab semua dapat rest dengan cukup nye, pagi tu lepas solat subuh, mak2 biasa lah ke dapur, sedia kan makanan pagi tapi kami tidak membazir, hanya rebus meehun dan panas kan spegeti semalam yang masih elok kan...

Lepas tu budak2 apa lagi pagi2 tu jam 8 dah terjun ke kolam, tak kira yang kecik mahu yang besar semua nye terjun, tapi kali ni saya kurang lah berendam sebab nya dah penuh dah kolam tu dengan budak2 hehehe...

Time for rest...ok2 ni lah dikesempatan nya yang mana tido, sambung balik, yang mana nak menyanyi tu, duk menyumbang sore yg agak sumbang hehehehe...dan saya pun rasa puas sangat sebab dapat rehat dengan sepenuh nye...

Bila dah jam 11 pg mak2 semua kedapur duk sedia kan menu untuk tengah hari, fuyoooo memang menjilat jari lah menu tengah hari tu.



Ni tunjuk site je, muka2 buat keja hehehe


Ni anjang sy, dia lah duk dapur je hehehe


Muka2 teruja makan ya hehehe


Ni baki menu tengah hari tu before tu udah kebulur lupe nak snap hehehe..menu nya kobis msak lomak, ikan masin dan ulam2 di cicah dengan budu dan sambal belacan...jap2 meleleh dah air liur teman ni hehehe

Lepas makan, kami semua berehat sambil borak2, tidoq, melayan anak2, berkeraoke dan yg penting solat ye teman2...masa tu bila saya tengok ahli dalam keluarga sy, sy rasa tenang dan bersyukur sangat, sebab kami dapat berkumpul kan...

Petang tu jam 3.30 ptg kami semua dah siap2 nak ke pantai pula buat acara sukan neka...part ni yang paling best ni....memang happening dengan gelagak setiap sorang, yg best nye tengok kanak2 lah, malu2 lah dan yang paling best nye macam2 sukan kami buat...isi air dalam botol lah, bawa bola dalam sudu lah, pecah kan belun lah, bola pantai lah dan yang paling best cari duit dalam tepung memang gelak habis tgk muka budak2 tu...dan yang paling kemuncak nya kan kami semua yang muda mudi dapat naik banana boat okeyyyy...memang the bestttttttttt lahhh....

Ni salah satu acara utk kanak2....


nampak tu sy exsited tengah memerah hehehehe


Muka2 excited nak menang lah tu...


Tu dia gaya2 memerah yaa...

Antara muka2 seronok dapat naik banana yaaa...


iNi lah semua keluarga yg join game kat pantai...alhamdulilah...

Pas abis je acara dekat pantai ni kami semua pun balik lah banglo kan...sebab nya air pun dah pasang tinggi...risau juga tengok.. sampai je kat banglo terjun kolam pula hehehehe...memang lupa diri sat lah hehehe

Malam tu seperti biasa lepas je solat magrib dan isyak kami semua berkumpul kat luar banglo, time tu acara macam2 lah, lagi sekali kami semua gelak besar malam tu tau....majlis penyampaian hadiah, wakil satu keluarga 1 nyanyian dan pingan beracun hehehehe...memang nak pecah perut malam tu kami semua di buat nya....

dan yang paling best nye malam tu kami buat BBQ ok....wauuu best nye, memang pun...makan sampai tak ingat dunia...tapi tak lah abis pun still ada berbaki lagi hehehe...ok semua nya berjalan dengan lancar....Acara malam tu memang best sangat2 alhamdulilah...syukur sangat...dan yang paling tak sangka2 kami setiap keluarga kena sumbang 1 lagu wakil untuk keluarga dan saya pun turut sekali menyumbang sore yang dah sumbang hehehe...


Ini lah pembekal hadiah untuk kami ya...

Dalam BBQ tu ada terselit sate pula, sebab ingat tak cukup sebab mcm skit je BBQ tu tp yg kelakar nya baru je buka plastic sate tu dah siap abis licin sate tu hehehe..


ini lah diantara muka2 yang menyanyi pada malam itu ya...

Kami semua berkumpul kat luar rumah untuk melihat penyampaian hadiah, nyanyi dan main game.

Malam tu kami semua berkumpul sambil gelak ketawa yang sangat pecah perut tau hehehe...apa tidak nye macam2 gelagat dan macam2 kerenah, malam tu kami semua habis agak lewat juga lah....jam 12 malam, acara last sekali kami mengadakan acara tukar2 hadiah..part yg best nye...macam2 hadiah kami bertukar2...dan malam tu juga ada keluarga yang menang besar bila dapat membolot banyak hadiah hehehehe....


Hasil dari tukar2 hadiah...besttt gila...

Ini team perempuan untuk pinggan beracun...lawak giloo...

Ini pula team lelaki...lagi lah kejung giloo hahaha

Begitu lah sepanjang malam kami semua berkumpul dan gelak ketawa hingga kebas perut, memang the best lah the all family yang join ni...saya rasa bangga sangat punya keluarga yang sebesar ini...

Bila esok nye pula ada lah hari terakhir kami...ni nak cita ni, yang tak berapa nak best lah kan, bajet mula kami semua akan check out jam 12, tetiba subuh2 sepie tu time kami semua nak bangun subuh lah kan, nak solat dan yang nak terkucil...ok2 apa yang berlaku....ayooo tak adaaaaa!!!!  perggg time tu satu rumah uru haran, bilik dah macam2 bau dah tu apa tak nye dah bau semerbak harum kasturi, sebab nya faham2 lah kan kalau dah tak ber  ayo mana nak dijirus nye hehehehe....

Tapi nasib ada penyelamat juga kan...tu..tu...ayo kolam tu...kami semua mengunakan ayo kolam untuk kegunaan...ayakkk!! guna je lah kan...tapi jam 7.30 pg kami semua dah siap2 nak check out sebab air tak ada...dah semalam masa mandi laut pun tak berbilas sangat, so kami semua dah jadi macam lipas kepanasan...boleh ke ayat tu !! hehehe... so kami semua check out tepat jam 9 pagi....

Maka berakhir lah family day untuk kali ini yang sangat happening dan gumbiroooo hehehe...alhamdulilah...syukur sangat...segala yang dirancang berjalan dengan lancar tanpa ada cacat cela nye....alhamdulilah Terima Kasih Ya Allah...



Ini lah keluarga besar saya...cop2 ada 1 family yg tak dah grk dulu sebab tak tahan nak mandi kata nye hahaha



Ini lah saat2 nak gerak balik sempat lg bg good hehehe


Kalau nak tengok gambo selebih nya cari lah kat facebook saya....

Tuesday, May 21, 2013

Sabtu Yang Fenatt.....

satu hari yang sangat memenatkan, bila tiba malam mata ni pun macam dah di gam2 je.....

bila selesai solat isyak terus tetido walau pun malam minggu kan...

esok dah ahad!!! kejap nya rasa macam baru je sampai rumah dah kena packing2 baju untuk esok sebab simpan stock baju seminggu untuk kerja....

sebelum malam, petang tu dah ke hulu ke hilir setle kan macam2 hal...errrggg fenatttt!!!! sabo2...

Petang2 sikit sampai lah 6.30pm kat bengkel kereta dengan panas dan lapo nye usah dikenang lah kan...kereta kalau dah long distance memang siap sedia lah perlu perhatian lebih ya....dan sekarang sy dah tahu banyak pasal kereta...ecehhh...

Lepas je solat zohor, jam 2.30pm dah ke meru pula rumah kakak, membincangkan perkara2 untuk family day next week, ok set alarm jam 4 takut lewat sebab dah deal dengan bengkel kereta nak me repair benda alah yang nak dibetulkan....

Tengah hari tu pula bawa mak and abah gi beli freeze, tak apa2 demi keselesaan mak and abah berhabis pun tak apa....(alamak tengah bulan dah ni) korekkk mana boleh korek...dan2 pula kan freeze kat umah tu rosak so kena lah beli kan...kalau tak stock lauk mak mesti busuk...so tak apa2....

Pagi tu pula, lepas solat subuh jam 6.30 mata dah terkebil2 tak mau tido...so siap2 lah pergi joging..(walau pun sorang) bosanlah konon nye tak tahu nak buat apa kan huhuhu...lepas tu pi mandi kan mr. keto....pastu breakfast (walau pun sorang)..ok2...pastu merayau kat giant (tak cukup kat bawah office k.l dekat klang pun nak juga) sempat lah menyambar benda yang teringin...

 So   itu lah cerita sepanjang hari di hari sabtu yang penat....

Wednesday, May 15, 2013

Angin sepul2 bahasa... ^_^

Seperti biasa kalau hujung minggu mesti saya akan menghabis kan waktu dengan berjoging, kira2 kalau tak ada apa2 mesti saya akan pergi, tak pagi, petang, tak petang, pagi je....macam tu lah kalau tiap2 minggu mesti sy akan spend time untuk aktiviti memeluh kan diri tu...cuma sekarang lately ni sy kurang sikit dah sebab banyak sangat benda nak buat pagi2 tu...

Sekarang saya dah jarang joging sorang mesti ada teman bagus juga bila berteman ni bukan apa selamat sikit dari anasir2 jahat tu, hati pun tak susah sebab risau takut dengan sekeliling...zaman sekarang macam2..."baru nak ingat sebelum ni tak pun hahaha" alhamdulilah taste kami sama so tak ada masalah bila saya ajak pi joging kan...selalu nya kalau tak joging kami akan main badminton atau pun tenis...hahaha memang habis lah bab2 main game macam tu coz sy ni terlebih terel lalalala...

Baru2 ni masa kami main badminton di padang pandamaran tetiba kami di sapa oleh seorang kawan lama sy..."ayu!!! wah lama tak jumpa" tak sempat saya nak cakap "ehh" teman sy ni dah sapa dulu "ya saya mr. right dia."... wahhh gilo mamat ni berani beno mengenal diri...mamat yang kat depan ni dah terkedu2 mesti dlm hati "jeles ke hahaha" apa pun sebenar nya saya terkejut bila air muka dia yg ceria tetiba berubah serius lah kan, saya tak tahu apa yang sedang dia fikir kan....

Tak semena tetiba  muka yang tadi nye ceria nak rak tetiba ketat macam buah peria (tu pahit lah) hehehe...bila di tanya senyap...pastu siap merah lg tu muka...bila ditanya tak dijawab ingat nak pujuk!!! hahahaha memang tak lah kan...bila kami beredar pulang, sepanjang dalam keta kami hanya diam je....geram lah kan tetiba nak ketat hanya kerana di tegur oleh kawan lama...

Sampai je rumah saya pun keluar dari keta tanpa memandang nya, just say " thanks" than baru dengar sore "awakkk" orang dh tegur kena lah baik kan..."sebenar nya kan tadi sy terkentut depan kawan awk" tanpa sempat nak berkata apa2 sy dah terbahak2 ketawa kat situ...rupeeeeee nyeeee!!! patut lah ketattt jee ada angin sepul2 bahasa...apa pun angin tu dia je rasa orang lain tak rasa pun...tapi dia yang touching lebih hahahaha...aiii yakkkk....

Tuesday, May 14, 2013

Bebelan Hati....

Assalammualaikum...bulan 5 sudah untuk tahun 2013 sekarang ni sy tak update apa2 pun, boleh tak cakap tak tahu nak update apa...nothing idea untuk bercerita....apa pun saya bagi tahu apa yang saya rasa je lah kan...semenjak 2 3 bulan life seperti biasa bila nya yang tak bz kan tapi saya cuba cool kan buat deeekk je hahaha...

Boleh tak nak share pasal politik sikit coz kalau cita kat sini orang tak ada lah tahu sangat kan hahaha...kalau baca kat fb , kat office, kat rumah dan dimana2 orang mesti bercerita pasal politik ntah lah saya tak nak lah cita saya vote mana sebab nya saya pun tak ngundi so duk diam2 ya hehehe....

Tapi serius penat weiiii bila dengar orang duk kutuk sana...duk kutuk sini...aib sana...aib sini...sangat lah tidak sihat so saya malas nak amik tahu so dont say anything about political ok...hahaha...bosannn...cukup sekadar sokong mana yang rasa terbaik, tak payah lah taksub sangat konon2 nye kan..lalalala

Apa pun saya tetap macam ni...ok baru2 ni saya telah buat satu keputusan untuk masa depan saya...keputusan yang selama ni tak terfikir pun dan pernah decide tak akan buat dan akhir nye saya redha...betul lah kan kita tak akan tahu masa depan kita...cuma kita mampu mencorak kan nya walaupun sesusah mana sekali pun...saya tekad sebenar nya apa nak jadi, jadi lah..

Sebenar nya benda ni saya dah lama terfikir cuma saya tak terfikir akan laku kan benda ni dah bertahun2  bila tiba waktu nya saya perlu hadap demi masa depan sy, mungkin bukan skrg tp masa hadapan sy nnt.

Bila kita terpaksa memilih sebenar nya susah tapi dalam hidup macam2 kan...memilih, terpaksa, terdesak dan berdiam macam2 lagi lah semua tu ada lah perkara yang kadang ter fikir di akal pun...

saya bersyukur dengan apa yang saya lalui...memang pun...memang sy pernah merungut pernah persoalkan sebab kadang saya tak mampu tapi saya set in mind "ujian yang awk dapat bukan diluar batas awk" so sy cool...

Menda lah kan yang saya buat hehehe...ok dia mengenai cita-cita saya, impian sy dan harapan keluarga sy walaupun benda tu tak sampai ke tahab yang tinggi tapi sekurang2 nya saya dapat juga pegan benda tu...jeng..jeng jeng...mungkin satu hari saya akan publish kan benda tu....doa kan yang terbaik untuk saya ok... ^_^

Monday, April 22, 2013

~Air Mata~

"Ko nangis ya, asal!!!" "bila pula aku menangis nye, kalau aku nangis aku duk diam2 tak cakap apa2" apa hal pula nak nangis, tak nampak ni muka berseri2 ni..ewahhh (pandai nye lah)
Ok2 sebenar nya memang muka baru lepas nangis pun...nangis normal lah kan bagi mereka yang terbeban dalam hati, tapi idak lah sampai meraung hehehe...

Sebenar nya kan saya nangis bukan lah pasal terasa hati ke!! kena marah ke!! orang buat tak tau ke!! or pasal apa2 lah yang buat kita rasa nak menangis, tapi kan boleh tak kalau saya cakap nak nangis suka2...boleh tak!!! boleh je kan kalau dah rasa lama tak nangis tu...lagi pula kan saya bukan sorang yang cengen ok....

Tapi betul lah kan bila dah nangis tu baru perasan benda yang berbuku dalam hati kita akan jadi release sebenar nya, semua nya akan lepas...syokkk ooo....tapi paling release bila kita dapat menangis atas tikar sejadah, masa tu lagi lah tenang je rasa...baru tahu sebenar nya banyak nye dosa....Tapi sebenar nya saya menangis sebab sy terfikir kan sesuatu...ada lah kan...

Kawan untuk berkongsi masalah dan meluah rasa, ok la sekarang ni saya dah boleh share semua benda dengan si mr. tutu, dia sangat baik, sangat memahami dan sangat sporting, kadang2 saya terfikir juga kan bila kami nak gaduh...wahhhhh koooo...nak sangat ke??? tak nak2, kang berduri je hati tau hehehe....boleh dikira2 seorang yang pendengar yang baik lah, kena lah kan sebab sy ni kuat bercerita hahahaha...


Saya nak dedicated lagi ni untuk sahabat saya, untuk mr. tutu dan adik sy, sebab depa ni kan selalu menjadi sahabat ketika saya susah dan senang...

Tuesday, April 9, 2013

Luwahan seketika...

Bulan 4 dah sekarang....kira-kira suku tahun dah lah, sekejap je, rasa nye baru semalam je bulan 1 tp ni dah bulan 4 ish...ish...ish....semakin hari, semakin gunda gulana  bila mengenang kan  tak tertanggung dah rasa beban dihati ni, tapi saya redha!!! Rasa nye kalau suruh teka mesti 'KAWIN' kan hahaha....takkkk..tak ada kena mengena  pun, risau nye tak sehebat rasa nak kawin  pun....
Susah nak terang kan, tapi suatu hari mungkin akan terluah juga..saya bersyukur dengan apa yang ada, sy ikhlas bersabar untuk menempuh nya tapi saya tak kuat untuk terbeban dengan benda ni, saya tak tahu apa pengakhiran nya  dalam  hati Tuhan saja yang tahu, mungkin ini  takdir saya tapi saya tak akan putus berdoa dan berharap.
Semenjak 2 menjak ni boleh dikata kan terlalu banyak yang serabut kat kepala ni, kalau boleh nak cabut pastu letak tepi sat....tapi kang mahu semua lari klu semua badan berpisah dengan kepala...satu perkara yang selalu buat saya cool bila saya akan tengok orang lain, setiap manusia pasti akan ada masa susah nya, mesti akan ada tika nya mereka juga serabut macam saya, cuma yang membezakan masalah dan keadaan seseorang tu, mahu lagi hebat sebenar nya dari yang saya fikir dan kat situ saya terfikir kenapa aku mengeluh??? Kenapa aku fikir aku yang paling teruk??? Aku persoal kan banyak sangat??? Ya Allah lemah nye aku ni....
Sebab aku manusia yg lemah, yang lupa kadang aku ni hamba pada pen cipta aku....kalau lah suatu hari nanti benda ni berakhir dalam keadaan apa sekali pun aku tetap akan sabar inshaAllah...aku tak tahu setiwasi tu macam mana tapi aku redha....
Aku terjumpa satu ayat dekat fb...ayat tu buat sy terasa tenang sangat2... Buat saya yakin lagi dengan Allah....
"Jangan sedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta. Kadang-kadang Allah tak bagi kerana Allah tahu kita tak layak dengan apa yang kita minta. Tapi bukan Allah tak bagi terus, Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita.
Semua perkara yang berlaku dulu ada hikmah nya tak kira lah ia berkenaan apa sekali pun. Yakinlah bahawa Allah akan beri sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita impikan dulu."

Wednesday, March 20, 2013

Terima kasih Allah....

Bertambah usia...alhamdulilah ya Allah hamba bersyukur diatas segala yang Allah beri untuk usia ku ini... Kenikmatan, kebahagian, serta kesedihan dan kepayahan hamba bersyukur dan redha.... Terima kasih untuk mak yang melahirkan dan abah yang memelihara....Alhamdulilah...

Selangkah untuk tahun ini dengan peningkatan usia yg hampir seabat sudah...tiada kata-kata yang dapat diungkap dan ucap untuk semua nya...terlalu banyak yang sy lalui perit, pedih, bahagia dan senang....bersyukur sangat2...

Tahun terakhir?? Mungkin kah ini tahun terakhir saya akan bergelar single....what????? Lain macam je kan...tapi itu lah hakikat nya....rasa macam tak percaya tapi sy kena percaya...

Untuk tahun ni saya nak enjoy kau2... Dan buat apa yg saya nak sampai puas..sebab pasni saya kena fikir kan orang lain dah, saya dah tak boleh bebas macam sekarang dah...mungkin sekarang sy selesa dan inshaAllah lepas pun akan lg selesa hehehe...

Tahun ni hari lahir sy seperti biasa disambut macam biasa je, tak ada yang lain pun...ucapan selamat je tiada yang membeza kan pun...tak ada hadiah pun...sy tak kisah pun...janji doa tu dah cukup memadai sangat hehehe...

Cuma yang best nye tahun ni kezutan dari sepupu ku, semperna perkahwinan nya dia buat surprise  dengan beli kek tau...walau pun time tu tak sampai lg besday saya tu tp saya happy sangat....

Wednesday, March 6, 2013

Diam Lebih Baik

DIAM?? ada rahsia di sebalik nya


LEBIH BAIK MULIA dan LOW PROFILE


Kita asyik berbicara setiap masa.. Bicara yang baik membawa kepada keselamatan dan kebaikan pada orang lain. Jika bicara tidak mengikut adabnya.. kerana mulut badan binasa! kita akan merana dunia dan akhirat. Lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Oleh itu DIAM adalah benteng bagi lidah manusia macam kita daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia..

Kata-kata hikmah berpesan :

“Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.”


Hikmah DIAM ini merupakan

•Ibadah tanpa bersusah payah

•Perhiasan tanpa berhias

•Kehebatan tanpa kerajaan

•Benteng tanpa pagar

•Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang

•Istirehat bagi kedua MALAIKAT pencatat amal

•Menutup segala aib.

Rasulullah juga ada berpesan dalam hadisnya mengenai kelebihan DIAM yang bermaksud :

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.

(Riwayat ABU NAIM )

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.

( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.( Riwayat AT-TARMIZI )


Akhir kata kita sebagai manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan DIAM. Jalan terbaik ialah DIAM kalau kita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang mulia. Bicara yang baik adalah lambang hati yang mulia dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia tersebut.