Wednesday, March 23, 2011

1 dAy Di Centre of Service Excellence (CoSE) Proton

Mana aku nak start ni..ok2 aku nak mula kan dari aku service kereta di proton. Sepanjang setahun aku berkerata ini kali pertama aku membuat aduan mengenai kerata yang aku pakai, sebelum ini aku hanya service sahaja tapi kali ini aku buat aduan mengenai bunyi pada enjin kereta aku, actually aku pun tak tau itu bunyi apa.. bercakap pasal kereta memang aku failed lah, so aku pun bawa kerata aku sampai lah ke Centre of Service Excellence (CoSE) Proton di Subang Jaya / Lebuhraya Shah Alam pada isnin lepas.

Ada dua tempat sahaja yang boleh buat iaitu di Glenmarie, Subang dan satu lagi tempat yang aku sebut tadi, seawal pagi jam 8.30 aku keluar rumah untuk pergi service tapi bukan aku terus pergi ada tempat lain yang terpaksa singgah dulu aku kena menghantar cousin aku ke klinik ibu dan anak, sebenar nya bengan gak tak pasal2 kena hantar bukan tak ikhlas Cuma aku terfikir suami dia mana?? Lantak lah malas aku nak fikir rumah tangga orang.

Tunggu punya tunggu jam 10.30 baru aku bertolak pergi ke pusat service itu dan yang pasti aku terlambat apa tidak nya boleh pula sesat pada hal ikut kan itu lah jalan aku setiap kali balik klang, tolak sesat tolak jem tolak tol, tepat jam 11.30 aku sampai, sesampai je aku dekat sana aku dah tak tau nak jumpa sapa dan tanya sapa coz masa tu aku tak Nampak sesiapa pun pelik kan..tapi itu lah keadaan nye..ooo patut lah aku tak nampak rupa nye aku pergi salah bahagian dan tetiba ada seorang mamat ni melintas depan aku dan dengan selamba aku menegur nya, aku tengok dia macam perkerja proton pepe hal dulu aku kena tengok uniform dia if ada lambang proton tu kira betul lah, tak kisah lah dia bahagian apa pun dan teguran aku tepat pada orang nya rupa nya dia ada lah customer service, Alhamdulilah…agak hensem juga orang nya dan smart pula tu tapi aku tak heran pun just cuci mata je.

Berbalik pada masalah kereta aku tadi, aku pun explain lah dekat mamat yang bernama syawal itu, agak baik dan sangat friendly dah kerja dia kan, aku pun terang kan pada dia masalah kerata aku itu, dia tak faham aku lagi lah, lastly dia decide suruh aku register dahulu untuk tunggu turn sampai turn aku nanti baru lah dia boleh check dengan detail dan bagi tahu masalah pada kereta aku itu, tunggu punye tunggu dari jam 12 sampai lah 2.30 baru lah turn aku sampai…pergggg bayang kan lah punya lah lama itu belum check just baru sampai turn setiba nya turn aku dia pun test drive than aku duduk sebelah bila dia bawa baru lah dia boleh tahu apa masalah tapi belum tahu benda apa yang problem “awk dgr tak bunyi tu sy tak tau dr mana dtg nye meyb engine atu something like that” dia ckp “jap2 bg sy dgr tak brapa clear” bila matikan air corn “dgr dah agak kuat juga bunyi nye dh macam bunyi katak lps hujan” ewah2 ayat tak cover tapi memang betul pun.
“ok awk duduk dlm dulu nnt dah siap sy pgl pastu kita test balik yea” itu lah last ayat bila dia bawa kereta aku untuk inspection, bosannnnn lebih 3 jam aku menunggu masih lagi tak siap dan masuk 5 jam kemudian baru lah siap habis setiap sudut aku tawaf dalam bilik menunggu itu ada cafeteria pun just air sahaja pada hal dari pagi sampai jam 5 aku tak makan, lapar gila tapi tahan je lah, tepat jam 5.15 syawal tu pun panggil lah aku untuk test, bila test aku rasa dah ok dan tak dengar apa2 so aku bejet kira ok lah, dia pun terang kan dekat aku yang masalah tu berpunca dari absorber dia bagi tahu dekat ruang absorber tu ada longgar so bila slow dia akan berlanggar pada dinding yang mengelilingi absorber itu, aku pun tak dapat bayang kan coz bukan nya aku tahu. Tapi bila dia terang kan dan tunjuk dekat aku bahagian mana yang problem baru lah aku faham, banyak benda yang aku kena tahu pasal kerata ni.

Jam 5.30 selesai akhir nya dan aku menunggu syawal untuk closing invoice, tetiba terdetik dalam hati aku “kena bayar ke siap nak keluarkan invoice dan statement mampus aku” rupa nye tidak just nak closing pergg nasib baik lah, coz kereta aku ni still dalam warranty 5 tahun so aku kena perguna kan kalau tak rugi lah nak ganti spare part kereta bukan nya murah ada tu sampai beribu so peluang yang ada ni aku gunakan.
Cuma satu yang aku terfikir tak akan lah punya banyak service centre proton dekat lembah klang ni yang tak boleh buat lagi2 dekat area klang ni berlambak setiap area klang ada pusat service tak jauh dari pusat service yang lain dah ada lagi pusat service tapi hampeh, pada hal ikut kan almost orang Malaysia ni yang pakai kereta buatan Malaysia so setakat nak check than tukar spare part tak akan lah itu pun tak boleh, alasan tak ada barang, tak ada pakar, tak ada peralatan...perlu ke bagi jawapan macam tu??
Tapi nasib baik lah service dia bagus dan kerja nya bagus lepas beberapa hari aku service buat masa ni tak ada lagi problem so hopefully lepas tiada masalah lagi.



No comments:

Post a Comment