Thursday, June 9, 2011

Kalau dah hati tu???

1. Pemarah

Perlu ke nak marah tidak tentu pasal atau hanye kerana perkara kecil dibesar2 kan, ingin menunjukan dia betul so perlu dengan amarah itu. Tapi apa yang saya tahu orang yang marah pasti sukar berasa tenang. Rasa tak ada mood pun boleh jadi marah "perlu ke??" Boleh ke merasa bahagia dengan marah tidak tentu pasal, Sifat marah membezakan manusia dengan binatang. Seperti serigala yang menjadi marah dan akan bertindak tanpa berfikir. Manusia Allah beri akal dan fikiran yang sempurna supaya tidak bertindak membuta tuli. Apa yang saya tahu orang seperti ini susah mendapat kawan....

Allah berfirman :-

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”

2. Pendendam

Sifat yang paling saya takut jika dia ada dalam diri saya, tapi alhamdulilah saya bukan seorang pendendam. Orang yg ada sifat dendam tidak pernah rasa tenteram selagi dia tidak membalas dendam dalam hati nya. Imposible if difikirkan orang macam ini boleh tenteram dan aman. pengertian dendam itu, ialah bila hati seseorang itu merasa sangat berat terhadap, seseorang, seperti membenci, menjauhi diri darinya. Sekecil-kecil perkara pun boleh menjadi dendam kasumat di dalam hati nya. Bila dia rasa dendam pada seseorang dia akan membalas dalam apa cara sekali pun, kadang sampai menjadikan orang lain mangsa untuk membalas dendam. Ada kah orang seperti ini mampu merasa bahagia??? Muhasabah lah diri jika kita rasa dendam walaupun seciput perasaan dendam.

3. Hasad dengki

"Meluat aku tengok bdk ni, ko ingat ko selamat" ayat orang yg dengki dengan kebahagian atau kesenangan orang lain. Tak mungkin lah hati dia akan tenang dan bahagia bila hati di selit rasa hasad dengki. Orang tu bergaya jeles..orang tu tukar kereta pun jeles...orang tu naik pangkat pun jeles..orang tu senyum pun jadi masalah...Senang cita orang tak boleh rasa lebih dari dia, dalam hati dan fikiran dah penuh dengan hasad dengki, boleh kah orang seperti ini merasa bahagia dan tenang dalam hidup dia???

Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).

4. Tidak sabar

Tertekan betul lah hidup ini. kena ujian kecil dah rasa tekanan yang amat. Baru kena kutuk...susah sikit tak ada duit...baru tak kerja sebulan...baru kerja susah sikit...paling tak sabar bila rasa diri dikecewakan...macam2 lg benda yang simple think pun boleh jadi hilang sabar sampai menyalahkan takdir. Merungut atas kesulitan hidup. Apatah lagi kalau diuji dengan perkara-perkara besar. Mahu sampai bunuh diri pun ada...Macam mana nak rasa bahagia atau tenteram mustahil sangat. Ingat lah setiap perkara yang berlaku ada hikmah nya dan Allah tidak akan menguji diluar batas seorang hamba.

5. Ego

Tetap dengan hati yang degil tak nak dengar pendapat orang, sentiasa fikir dia betul, langsung tidak fikir perasaan orang lain. Berdepan dengan orang ego betul2 buat sy tercabar, pantang kalau diri nya dicabar atau dikritik jangan lah ditegur walaupun terbukti dia melakukan kesalahan, tetap dengan ego dan keras hati. Sombong dan angkuh ada dalam diri seseorang yang ego. Kebahagian selayaknya ke dia dapat?? mustahil bagi nya walaupun dia berkata "aku puas" tapi dalam sudut hati nye Tuhan sahaja yg tahu.

6. Riak

Aku pegawai dekat bla bla bla....gaji aku bykkk cecah lahh 5k....perlu ke nak menunjuk dengan bangga nya?? paling bangga bila orang lain menrendahkan diri sendiri dan membangga kan diri dia. Sifat yang suka menunjuk2 ni selalu nya akan rasa puas bila orang memuji dia. Sentiasa tertekan bila orang buat tak tahu je. Berlakon depan orang untuk dipuji dan dibanggakan. Kebahagian apa yang dicari?? Kepuasan ke??

7. Cinta Dunia

Tak cukup ni!!! pada hal duit dah berkepul2 dalam bank..aku nak ni..aku nak tu...semua benda kat dunia ni semua nya nak...orang lain pakai aku pun nak...aku akan dapat kan juga...Apa dia?? harta dunia yang memang sah2 tak akan bawa mati. Hati nya sentiasa tak tenang atau bahagia dengan harta yang ada apa yang dia fikir nak tambahkan harta dan nak jadi lagi kaya, sekaya yang mungkin. sebanyak mana pun kekayaan dan harta nya dia tidak mampu mendapat kebahagian dan ketenangan kalau asyik fikir harta yang tak mungkin boleh bawa mati. Ingat lah hati yang mensyukuri dan redha itu lah akan mengisi kebahagian dan ketenangan kita.

No comments:

Post a Comment