Tuesday, June 14, 2011

Jodoh Allah!!! Saya????



Bila lah kau nak kawin ni ayong?? statement yang paling buat sy menyebalkan...tak ada soalan lain ke, tua sangat ke sy ni?? Usia 26 tahun rasa nya belumlah terlalu lewat. Jodoh ni macam rezeki juga ia telah ditentukan Allah percaya pada hakikat agar kita berusaha. Cari lah jodoh yang baik seperti mencari rezeki dijalan yang baik, InshaAllah.

Bila tiap2 tahun ada je kawan2 yg terdekat kawin dan bila berjumpa pasti soalan normal yg ditanye

"bf kau mana?"

"Menipulah tak ada bf, tak kan lah orang macam ko tak ada orang nak?"

"awk bila lagi?"

"ada org nk kenal dgn ko blh x?"

"jgn nak memilih sgt lah..."

aduhh...ayat yg makin hari makin kerap ditanye oleh org sekeliling sy perggg..memang mencabar iman sungguh lah...

"bf?? bff ramai lah"

"belum sampai jodoh lg"

"bila?? date tak jumpa tahun lagi lah ntah mana2 je"

"bkn memilih blm jmp mr. right je"


Bukan lah kerja kita, Itu semua ketentuan Allah...Usaha, Tawakal dan berdoa lah....pasti akan bertemu.

Bosan juga sebenar nya bila di tanya soalan mcm tu tapi itu lah lumrah kehidupan, setiap makhluk dijadikan berpasang2 so bila tengok org yg tak ada pasagan ni soalan mcm tu biasa lah...Sy tak memilih siapa pun jodoh sy, cuma sy harap dia boleh jd Imam kpd sy dan anak2 sy kelak dan yg bertanggungjwb dan blh bertolak ansur. Naluri manusia lagi2 perempuan macam sy kadang tak lari dari perasaan ingin dimiliki tapi sy percaya pd ketentuaan Allah dan hikmah yang tersembunyi.

Kisah baru2 ni........

Baru-baru ni sy dikenalkan dengan seorg lelaki kira pilihan keluarga jg lah tapi kami knl bukan lah disengajakan kebetulan kenal masa dihospital, mak punya lah berkenan macam sah2 dia ni akan jadi suami sy. Sy Tidak menolak jodoh kalau dia ditakdirkan utk sy tapi yg jadi masalah utk sy bila emak terlalu mamaksa sy rapat dengan dia, siap suruh ajak keluar "sy kena ajak dia keluar" punya lah mak ni despreate.

Tapi sy menolak dgn cadangan mak tu. Ada ke perigi nak cari timba??

Sy tidak menolak jodoh kalau sudah sampai, sy redha klu jodoh sy tu ditentukan oleh keluarga sebab sesiapa yg tekad menjadi hamba Allah dan klalifah pasti tidak akan dikecewakan Allah s.w.t.

Tapi dalam hati kekadang membuak2 ingin jodoh tu ada lah pilihan sy sendiri dan ingin memiliki org yang kita syg atau suka tp siapa kita hendak memilih dan berharap. Sy tidak akan merendahkan martabat diri demi meraih cinta seorg lelaki sebab sy tahu manisnya dan cantiknya seorang perempuan itu terletak pd takwanya, hati yg sentiasa tunduk malu pd perkara2 yg tidak sepatutnya.

Saya juga akui pernah berbuat dosa tp sy berusaha utk baiki diri dan cuba mengelakan diriku drpd melakukan perkara2 yg tak sepatutnya. Sy selalu bedoa agar sy dpt jauh drpd melakukan kemaksiatan hati mahupun tingkah perbuatan secara rahsia atau terang2gan...

Percaya lah pd janji Allah yg telah dikirim utk meraih cinta yg lbh besar yakni cinta Ilahi maka sy redha. Sy tidak mahu mengatakan sy ikhlas menerimanya kerana ikhlas itu milik Allah yg tidak ada manusia berhak menyatakan bahawa dia ikhlas. Biarlah Allah sendiri yg menghukum tentang itu.


Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin.Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.

(Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia, ia telalu mulia.

2 comments:

  1. Jodoh sememangnya urusan Dia,tapi kita perlu berusaha...bukan dengan merendahkan martabat kita sebagai perempuan...

    Semoga Yus cepat kahwin... XOXO

    ReplyDelete
  2. aminnn...thx nik, tp ntah lah yus pun x tau bila dan dgn siapa...doa je lah yus mampu :D

    ReplyDelete